web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenapa Tiada Tindakan Terhadap Penipu Bersiri? 45 Mangsa Tuntut Keadilan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2022 8:53PM

Charles Santiago memberitahu seramai 45 mangsa, semuanya pemegang akaun premium telah kehilangan jutaan ringgit selepas pengurus terbabit yang didakwa memegang buku bank pelanggannya, memalsukan tandatangan mereka dan mengeluarkan wang simpanan mereka tanpa pengetahuan. - Gambar oleh Isabelle Leong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pesara kerajaan kehilangan wang simpanannya sebanyak RM1.16 juta setelah terpedaya dalam penipuan didakwa dilakukan seorang pekerja bank, yang dianggapnya sebagai rakan.

Mangsa yang enggan dikenali mendakwa, pengurus cawangan bank di Klang itu mengeluarkan wang simpanannya berulang kali, tanpa pengetahuannya, sebelum memindahkan ia kepada pihak ketiga.

Dia meluahkan kekecewaan kepada media apabila individu yang didakwa melakukan perbuatan tersebut masih bebas dan mempersoalkan, mengapa tiada tindakan diambil terhadap pekerja bank itu sehingga kini?

Warga emas itu, antara lima mangsa hadir dalam sidang media bersama Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago hari ini dan mendakwa mereka ditipu oleh pengurus bank yang sama.

Menurut Ahli Parlimen DAP itu, kira-kira 45 mangsa, semuanya pemegang akaun premium telah kehilangan jutaan ringgit selepas pengurus terbabit yang didakwa memegang buku bank pelanggannya, memalsukan tandatangan mereka dan mengeluarkan wang simpanan mereka tanpa pengetahuan.

Walaupun pengurus itu telah digantung daripada jawatannya, Charles mendakwa bank terbabit masih membisu mengenai aduan dan laporan yang dibuat oleh mangsa sejak Januari.

“Enam bulan telah berlalu tetapi pihak bank membisu mengenai perkara ini. Ia hanya menimbulkan lebih banyak persoalan dalam kalangan mangsa berhubung wujud cubaan untuk menyembunyikan perkara ini,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan, apakah penipuan sebegitu didalangi oleh hanya seorang pekerja, atau sebaliknya.

"Bank mempunyai kewajipan fidusiari berdasarkan amanah dan amanah tersebut mesti direalisasikan. Apakah mekanismenya? Persoalannya di sini, bagaimanakah seorang individu berjaya menipu begitu ramai orang?

"Adakah lebih ramai orang yang terlibat dalam penipuan itu, atau adakah ia hanya (melibatkan) seorang? Kami perlukan jawapan,” katanya.

Tambah Charles, Bank Negara Malaysia (BNM) turut digesa meneliti perkara itu memandangkan kejadian tersebut disedari bank pusat berkenaan sebaik ia dilaporkan pada Januari.

Charles turut menyelar bank pusat itu dan mempersoalkan, mengapa BNM tidak berbuat apa-apa berhubung isu tersebut.

Ahli Parlimen pembangkang itu berkata, keyakinan orang ramai terhadap institusi perbankan akan merudum jika BNM enggan mengambil tindakan.

"Ia melibatkan jutaan ringgit dan mereka mengetahui pihak mana yang terlibat. Apa yang mereka (BNM) tunggu?" soalnya.

Dalam pada itu, seorang lagi mangsa yang hadir pada sidang media itu turut berkongsi kesukaran yang ditempuhinya.

Lelaki warga emas tersebut, yang merupakan seorang pelanggan bank itu sejak 1968 itu hanya menyedari sudah ditipu apabila diberitahu oleh pegawai bank lain bahawa dia tidak lagi memiliki apa-apa wang simpanan.

"Setiap kali saya pergi ke bank dan meminta faedah ASNB (Amanah Saham Nasional Bhd) saya, pengurus akan sentiasa memberitahu bahawa ia tidak disambungkan ke akaun saya dan meminta saya  kembali pada lain masa.

“Selepas itu, saya pergi ke bank, pengurus itu 'collapsed', dan sejak itu, dia tidak dapat dihubungi.

“Oleh itu, saya meminta pegawai lain menyemak akaun simpanan tetap, forex dan ASNB saya. Saya terkejut apabila pegawai itu memberitahu, saya tidak mempunyai apa-apa (simpanan) lagi," katanya.

Seorang lagi pemegang akaun premium yang juga mendakwa telah ditipu, percaya bahawa terdapat pelanggan terutama pesara dan warga emas yang masih tidak mengetahui kewujudan penipuan seumpama itu.

"Bukan mudah untuk memberitahu orang ramai tentang senario kami, tetapi kami melakukan ini dengan harapan ia akan membantu meningkatkan kesedaran apabila dimaklumkan kepada orang ramai, dan mengingatkan mereka untuk pergi ke bank bagi membuat semakan yang diperlukan berhubung simpanan dan pelaburan masing-masing," katanya. – The Vibes, 26 Jun 2022


 

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad