web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Baju Cecah 4 Angka, Fesyen PM Jadi Bualan Hangat Netizen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2022 5:45PM

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad memuatnaik hantaran di Facebook beliau mengenai busana yang dipakai oleh Ismail Sabri Yaakob pada satu majlis, baru-baru ini. - Gambar dari Facebook Nik Nazmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob cukup sinonim dengan pilihan pakaian yang berwarni-warni dan kreatif sehingga berjaya menarik perhatian warganet.

Semalam, beliau turut menggayakan baju berwarna merah terang dengan beberapa tulisan di atasnya semasa program walkabout Hari Rekreasi Putrajaya 2022 dan Karnival Jom Heboh.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Bera itu dikecam di Twitter selepas warganet mengenal pasti baju berjenama mewah dipakainya itu mencecah harga empat angka.

Berdasarkan carian di laman sesawang us.burberry.com, pakaian tersebut berharga AS$1,350 (RM5,942.70) dengan stok terhad.

“Dia ni kan, aku tak kisah sebab dia mampu tapi ketika rakyat banyak yang struggle, simpan sikit flex baju mahal tu. Most importantly dia ni pakai baju mahal pun nampak murah,” kata To Greece Or Not To Greece.

“Rakyat dia ada yang tak makan or bekerja keras dengan gaji minimum. Tapi mereka masih bayar cukai kerana ‘Keluarga Malaysia’. Dan ini balasan mereka kepada kami,” kata Zaera.

“Bajunya tak pernah harga marhaen langsung,” kata pula Fakhrul.

 

Ketika kos sara hidup meningkat... Pelik juga PM utamakan Bahasa Kebangsaan tapi utamakan busana jenama penjajah.

Posted by Nik Nazmi on Saturday, June 25, 2022

Perkara tersebut turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang berkongsi paparan skrin gambar Ismail Sabri menggayakan pakaian tersebut beserta harganya (RM6,900) dalam satu hantaran di Facebook miliknya.

Nik Nazmi turut menyindir Perdana Menteri berhubung pemilihan pakaian tersebut.

“Ketika kos sara hidup meningkat... Pelik juga PM utamakan Bahasa Kebangsaan tapi utamakan busana jenama penjajah,” katanya.

Pada Mei lalu, baju yang dipakai Ismail Sabri semasa pertemuan dengan rakan sejawat dari Singapura, Lee Hsien Loong di Tokyo, Jepun turut menjadi bualan hangat warganet.

Beliau dilihat memakai baju berkolar dari jenama sama dengan gabungan putih, hitam dan biru dipercayai berharga RM5,500.

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020, Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan (Keselamatan) ketika itu turut tampil dengan persalinan bermotifkan batik yang berona ceria dan memukau mata.

Warganet pula yang sememangnya terkenal dengan daya kreativiti tinggi lantas mencipta parodi dengan menyamakan penampilan terbaharu beliau dengan aneka kuih muih dan makanan lain.

Mereka menyunting gambar dan menyamakan corak baju Ismail Sabri dengan kek lapis, agar-agar Pelangi, kuih seri muka, jus tembikai, jus avocado dan pelbagai lagi juadah yang sinonim dengan masyarakat di negara ini.

Hasil kreativiti tersebut menjadi trending di media sosial sehingga beliau sendiri membuat perkongsian semula gambar-gambar itu di laman Facebook rasmi miliknya. - Getaran, 26 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar