Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kadar Peningkatan Jumlah Kes Muflis Libatkan Belia Membimbangkan - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2022 5:49PM

Ismail Sabri Yaakob melihat sesi temu bual ketika melawat ruang pameran selepas Majlis Perasmian Penutupan Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair di WTC-KL hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyatakan kebimbangannya terhadap kadar peningkatan jumlah kes muflis melibatkan golongan belia.

Susulan itu, katanya, kerajaan akan mengkaji semula undang-undang berkaitan kebankrapan dalam usaha membantu golongan muda yang berdepan dengan masalah itu.

Perdana Menteri berkata beliau akan berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlaimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berhubung masalah tersebut.

“Kerajaan pernah menaikkan nilai ambang kebankrapan (daripada RM50,000 kepada RM100,000), kita pernah tangguhkan tindakan undang-undang melibatkan kebankrapan pada 2020 semasa pandemik.

“ Percayalah masa depan anak muda jadi agenda utama,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini ,hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata fasa Peralihan ke Endemik bermula 1 April lepas telah menjadi titik tolak kepada pemulihan ekonomi negara yang kini berada pada momentum yang baik, sekali gus menurunkan kadar pengangguran di negara ini.

Beliau berkata berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), sehingga April 2022, kadar pengangguran negara berjaya diturunkan kepada 3.9 peratus, berbanding 4.6 peratus bagi tempoh sama tahun lepas.

“Ini merupakan kali pertama kadar pengangguran menurun di bawah empat peratus sejak pandemik COVID-19 dengan bilangan penganggur kekal pada trend menurun bagi sembilan bulan berturut-turut,” katanya. 

Katanya, pandemik COVID-19 telah mengubah landskap pekerjaan negara dengan kadar pengangguran pada 2020 dan 2021 berada di tahap yang tertinggi iaitu pada kadar 4.5 peratus dan 4.6 peratus berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Katanya, penutupan beberapa sektor ekonomi menjadikan kadar pengangguran negara meningkat sehingga 5.3 peratus pada Mei 2020 iaitu kadar pengangguran bulanan yang tertinggi pernah dicatatkan.

Justeru, kerajaan telah melaksanakan karnival kerjaya sejak Oktober 2021 sebagai sokongan bagi menjamin kelangsungan Keluarga Malaysia memiliki kehidupan yang baik selepas pandemik COVID-19.

Pada tahun ini sahaja, kerajaan menyasarkan peluang pekerjaan sehingga 600,000 dengan peruntukan sebanyak RM4.8 bilion melalui inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia, katanya. 

Perdana Menteri berkata mengikut Laporan Tenaga Buruh Malaysia, DOSM, seramai 2,750 graduan telah berjaya ditempatkan melalui Program Peningkatan Kerjaya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT-CAP).

Selain itu, seramai 2,479 belia juga berjaya ditempatkan melalui Insentif Pekerjaan Jamin Kerja khusus untuk perantis melalui Skim Perantisan Nasional (SPN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan, dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Sumber Manusia serta agensi-agensi di bawah tiga kementerian ini.

“Sehingga 8 Mei lepas, MyDigitalWorkforce Work in Tech (MYWiT) berjaya menempatkan seramai 649 peserta daripada 3,596 pemohon termasuk belia dalam pekerjaan teknologi dan perkhidmatan digital.

“Selain itu, sehingga 30 April lalu, seramai 2,060 graduan telah ditempatkan di bawah inisiatif Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTEGE) melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), bagi pelaksanaan program peningkatan kebolehpasaran dan memupuk kemahiran keusahawanan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hafizul Hawari Hadapi 7 Pertuduhan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Politik 14 minit yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

Luar Negara 1 hari yang lalu

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029