web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Remaja Hilang Ditemui Selamat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2022 4:29PM

Nur Hidayati Dueaijan telah ditemui di Bangi, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Remaja perempuan berusia 17 tahun yang hilang dari rumahnya di Kondominium Sri Suajaya, Kampung Bandar Dalam, Sentul sejak Isnin lalu, sudah ditemui di Bangi, Selangor, semalam.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner (ACP) Beh Beng Lai, berkata, remaja terbabit ditemui dalam keadaan selamat namun beliau tidak mendedahkan secara terperinci lokasi penemuan terbabit.

“Polis difahamkan remaja berkenaan hilang kerana mahu mencari kerja dan hidup berdikari, namun kami tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada sedikit salah faham antara ahli keluarga,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Bagaimanapun, Beng Lai enggan mengulas lanjut sambil memberitahu satu kenyataan media  rasmi akan dikeluarkan berhubung kes tersebut dalam masa terdekat.

Semalam Getaran melaporkan, Nur Hidayati Dueaijan Mazlan, 17, hilang selepas keluar dari rumahnya untuk ke kedai pada Isnin lalu sekitar jam 7.20 malam.

Bimbang akan keselamatannya, keluarga remaja itu kemudian membuat laporan berhubung kehilangannya kira-kira jam 6.43 petang, sehari selepas dia hilang. - Getaran, 26 Jun 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 21 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar