web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kereta Terjunam Dalam Sungai: Mayat Ibu, 2 Anak Ditemukan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2022 9:48AM

Mayat Masyitoh Ibrahim, 37, dan dua anak lelakinya Muhammad Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Muhammad Ziyad Haziq, 5, dijumpai di dalam kereta jenis Proton Persona yang tenggelam di dalam sungai, awal pagi ini. - Gambar Bernama.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Mayat tiga beranak dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-Baling (sempadan Baling-Sungai Petani), semalam ditemukan awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Baling, Suptritendan Shamsudin Mamat berkata mayat Masyitoh Ibrahim, 37, dan dua anak lelakinya Muhammad Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Muhammad Ziyad Haziq, 5, dijumpai di dalam kereta jenis Proton Persona yang tenggelam di dalam sungai itu.

“Mayat guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Kampung Selarong, Kuala ketil itu ditemukan bersama dua anaknya yang merupakan murid tahun satu dan prasekolah di sekolah yang sama. Kesemua mereka yang tinggal di Lorong Kemboja, Sungai Petani itu memakai tali pinggang keledar.

“Kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Masyitoh dari arah Kuala Ketil menghala ke Sungai Petani telah hilang kawalan ke kiri jalan sebelum terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Muda,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat tiga beranak itu telah dibawa ke Hospital Kulim untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penolong Pesuruhjaya Bomba Syufaat Kamaron berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.42 petang semalam berhubung kejadian sebuah kereta terbabas ke dalam sungai.

“Anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang membuat selaman telah berjaya menemukan kereta berkenaan kira-kira pukul 1.41 pagi di kedalaman 25 kaki. Anggota PPDA telah membantu memasang kabel bagi membolehkan kren membawa naik kereta itu ke darat.

“Kereta itu berjaya dinaikkan pada 3.30 pagi dan kesemua mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan sepenuhnya pukul 4.43 pagi,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan