web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Minta Arul Kanda Beri Keterangan Kes 1MDB Bukti Peranannya Boleh Diabaikan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2022 12:50PM

Arul Kanda Kandasamy - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Permintaan pasukan pendakwaan supaya Arul Kanda Kandasamy menjadi saksi terhadap Datuk Seri Najib Razak menunjukkan bahawa mantan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) itu memainkan peranan sampingan (peripheral role) dalam kes tersebut, kata peguam Arul Kanda, Datuk N Sivananthan.

Sivananthan membuat kesimpulan itu selepas anak guamnya, iaitu seorang tertuduh bersama Najib, diarah memberi keterangan dalam perbicaraan berhubung laporan audit 1MDB.

Bercakap kepada The Vibes, Sivananthan melihat bagaimana pihak pendakwaan secara jelas telah menyatakan bahawa mereka mahu Arul Kanda mengisi beberapa kelompongan peristiwa yang berlaku pada Februari 2016, apabila laporan audit 1MDB itu dikatakan dipinda.

Peguam itu memberitahu, perkara tersebut mencadangkan bahawa apa-apa bukti yang dimiliki Arul Kanda bakal menjadi penting dalam kes terhadap Najib.

“Dan dari perspektif anak guam saya, fakta bahawa pihak pendakwaan membuat permohonan untuk menggunakan beliau sebagai saksi juga menunjukkan bahawa pada pandangan mereka, peranannya dalam kes 1MDB boleh diabaikan atau minimum.”

Semalam, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memanggil Arul Kanda sebagai saksi dalam perbicaraan kes pindaan laporan audit 1MDB.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan bahawa permohonan pihak pendakwaan untuk memanggil Arul Kanda sebagai saksi berdasarkan Seksyen 63 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia adalah teratur.

Sivananthan berkata, beliau melihat ini sebagai satu perkembangan yang positif, sambil menyatakan bahawa Arul Kanda boleh dibebaskan dan dilepaskan jika hakim berpuas hati dengan keterangan lisannya.

“Hakim perlu menentukan pada akhir kes pendakwaan jika beliau telah membuat penemuan sepenuhnya terhadap semua perkara yang beliau sedar.

“Ini tidak bermakna ia mesti memberi manfaat kepada pihak pendakwaan, cuma beliau mesti bercakap benar.

“Untuk pengetahuan semua, keterangannya mungkin bermanfaat untuk Najib. Tetapi selagi dia memberikan keseluruhan kebenaran, beliau berhak mendapat indemniti yang secara automatik membolehkan beliau dibebaskan,” katanya.

Sivananthan menambah, Arul Kanda bersedia memberi keterangan sekali lagi pada 4 Julai, tetapi menjelaskan bahawa beliau tidak pasti jika anak guamnya itu dikehendaki memberi keterangan pada masa hadapan.

Arul Kanda, 46, merupakan saksi pendakwaan kedua terakhir dalam perbicaraan tersebut.

Najib, 68, sebelum ini didakwa menyalahgunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan laporan akhir 1MDB sebelum ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan mantan perdana menteri itu dalam membuat pindaan, didakwa untuk melindungi Najib daripada dikenakan tindakan.

Kesalahan itu didakwa berlaku di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 dan 26 Februari 2016.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, apabila disabitkan.

Ini adalah kali pertama tertuduh bersama (co-accused) telah diberikan kelulusan oleh mahkamah untuk memberi keterangan bagi pendakwaan sejak Akta SPRM berkuat kuasa pada 2009, dan kali ketiga dalam sejarah perundangan negara.

Antara keterangan Arul Kanda di mahkamah semalam termasuk dakwaan bahawa alasan beliau diarahkan Najib menghadiri mesyuarat pada 24 Februari 2016 bagi membincangkan pindaan laporan audit 1MDB adalah kerana Ahli Parlimen Pekan itu antara lain bimbang dokumen terbabit akan diputar belit dari perspektif politik.

FMT juga melaporkan Arul Kanda sebagai berkata, beliau telah diarahkan untuk menghadiri mesyuarat berasingan pada Disember 2015 untuk menjelaskan kedudukan syarikat dan laporan auditnya, hanya beberapa minggu sebelum ia dibentangkan kepada PAC.

Antara yang hadir, kata Arul Kanda, termasuk Pengerusi PAC ketika itu, Datuk Seri Hasan Arifin dan dua lagi ahli jawatankuasa. - The Vibes, 25 Jun

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 1 tahun yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad