Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


2 Sept Ini Penentu Bung Moktar, Zizie Izette Bebas Atau Bela Diri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2022 8:24AM

Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen semalam menetapkan 2 September untuk memutuskan sama ada Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad dibebas atau diperintah membela diri atas pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.

Hakim Rozina Ayob menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How dan peguam M. Athimulan yang mewakili Bung Moktar serta peguam Datuk K. Kumaraendran bagi pihak Zizie Izette.

Terdahulu, Law berhujah keterangan saksi pendakwaan menunjukkan Bung Moktar memperoleh suapan berjumlah RM2.8 juta untuk memastikan Felcra Berhad melabur sebanyak RM150 juta dalam Public Mutual Berhad manakala Zizie Izette pula bersubahat dengan suaminya dalam memperoleh suapan itu, atau dengan sengaja membantu atau berkonspirasi dengan suaminya melakukan jenayah tersebut.

"Zizie Izette telah memperkenal ejen Public Mutual Madhi Abdul Hamid, saksi pendakwaan ke-24 (SP24) dan SP25 (perunding unit amanah Norhaili Ahmad Mokhtar) kepada Bung Moktar dan Zizie Izette mengetahui SP25 mempunyai cita-cita untuk mendapatkan Felcra sebagai pelanggan bagi produk unit amanah yang dipromosikan oleh SP25 sejak 2011.

"SP25 telah menyatakan hasratnya kepada Zizie Izette bahawa beliau ingin berkenalan dengan Bung Moktar supaya dapat memasarkan produk unit amanah kepada Felcra Berhad," katanya di akhir kes pendakwaan.

Law berkata keterangan yang menunjukkan wang berjumlah RM2.8 juta itu diterima oleh Zizie Izette juga tidak disangkal oleh pembelaan.

Beliau berkata wanita itu sama sekali tidak terlibat dalam urusan melibatkan Felcra Berhad terutama pelaburan oleh Felcra Berhad di dalam Public Mutual kerana urusan pelaburan oleh Felcra Berhad adalah urusan rasmi.

"Dalam kes ini, peranan Zizie Izette hanyalah untuk memperkenal Bung Moktar kepada SP24 dan SP25. Oleh itu, tidak ada sebab lain untuk Zizie Izette menerima wang berkenaan melainkan untuk satu tujuan iaitu diberikan kepada suaminya," kata Law.

Menurut Law, Bung Moktar sepatutnya melaporkan kepada Ahli Lembaga Pengarah jika SP24 dan SP25 ingin memberikan wang yang ada kaitan dengan urusan pelaburan Felcra Berhad dan bukannya mendiamkan diri malah tindakan pasangan itu menunjukkan 'conduct' untuk melakukan jenayah.

Katanya tiada keterangan menunjukkan pasangan mereka membuat apa-apa deklarasi kepada Felcra Berhad iaitu mereka atau seorang daripada mereka menerima apa-apa bentuk komisen atau fi daripada pelaburan Felcra Berhad dalam unit amanah itu sedangkan keterangan SP25 jelas menyatakan bahawa SP25 telah memberitahu Zizie Izette berkaitan 'introduction fee' yang dikatakan ingin diberikan kepada wanita itu.

Athimulan pula berhujah bagi membuktikan semua pertuduhan terhadap anak guamnya perlu ada bukti pembayaran oleh SP24 dan SP25 kepada Bung Moktar serta bukti penerimaan yang menunjukkan bahawa Bung Moktar telah memperoleh suapan itu.

"Berdasarkan rekod, tiada keterangan daripada SP24 dan SP25 yang menyatakan bahawa mereka telah memberikan suapan kepada Bung Moktar dan telah diterima oleh tertuduh. Malahan keterangan kedua-dua saksi utama pendakwaan langsung tidak menyokong kes mereka. Berdasarkan keterangan yang direkodkan, jelas bahawa Bung Moktar langsung tidak menerima suapan itu," katanya sambil menambah bahawa keterangan SP24 dan SP25 telah memusnahkan kes pendakwaan.

Beliau berkata SP24 dan SP25 telah disifatkan oleh pendakwaan sebagai saksi belot kerana keterangan mereka di mahkamah serta kenyataan mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak konsisten dan tidak boleh dipercayai, oleh itu perlu ditolak meskipun keterangan mereka disokong atau sebaliknya.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar, 64, didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Bung Moktar juga didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab dan di tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette, 44, berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Hadapi 8 Lagi Pertuduhan Baharu

4

Semasa 1 bulan yang lalu

AGC Belum Buat Keputusan Berhubung Representasi Inspektor Sheila Untuk Batal Pertuduhan

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Semasa 5 jam yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

oleh Wartawan Getaran