web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2022 3:34PM

Lim Guan Eng menggesa kerajaan tidak membenarkan kenaikan tarif elektrik memandangkan TNB berada dalam kedudukan untuk menyerap kenaikan harga gas dan arang batu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan seharusnya tidak membenarkan kenaikan tarif elektrik bermula bulan depan, gesa Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, Tenaga Nasional Bhd (TNB) berada dalam kedudukan yang boleh menyerap peningkatan harga gas dan arang batu.

“Keuntungan bersih TNB meningkat kepada RM3.66 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2021 daripada RM3.59 bilion pada tahun sebelumnya. Keuntungan operasi 2021 meningkat sebanyak RM742 juta kepada RM8.08 bilion, berbanding RM7.36 bilion pada 2020.

“Jelas sekali TNB berada dalam kedudukan untuk menyerap kenaikan harga gas dan arang batu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Lim Guan Eng - Gambar Alif Omar
Lim Guan Eng - Gambar Alif Omar

Guan Eng yang juga mantan Menteri Kewangan berkata, bayaran tambahan sebanyak RM630 juta diumumkan kerajaan semalam sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), disifatkan mengecewakan.

Beliau menjelaskan, ia bukan sahaja disebabkan jumlahnya kecil, iaitu RM100 bagi isi rumah dan RM50 untuk individu bujang, tetapi juga tidak komprehensif untuk membantu rakyat dalam lingkungan berpendapatan sederhana (M40) serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Bagaimana pakej bantuan bernilai RM630 juta oleh Perdana Menteri membantu rakyat Malaysia menghadapi kenaikan harga dan penghapusan subsidi ayam, telur dan minyak masak botol?

“Sebagai perbandingan, Singapura dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita hampir lima kali lebih tinggi daripada Malaysia, mengumumkan pakej bantuan SG$1.5 bilion atau RM4.7 bilion, iaitu tujuh kali ganda lebih besar daripada pakej bantuan RM630 bilion Malaysia,” katanya.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan turut membangkitkan isu kekurangan pekerja yang disebabkan halangan kementerian dan birokrasi bagi membawa masuk tenaga kerja asing.

Tambahnya, isu kekurangan pekerja memberi impak kepada semua sektor daripada perladangan kepada pembuatan, pelancongan dan perkhidmatan.

“Bukan sahaja perniagaan terpaksa gulung tikar, tetapi ramai enggan menerima tempahan baharu atau beroperasi di bawah kapasiti seperti hotel yang memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi,” jelasnya.

Terdahulu, Getaran melaporkan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Salahuddin Ayub juga menggesa kerajaan menangguhkan sebarang bentuk kenaikan tarif elektrik, sekurang-kurangnya sehingga krisis kekurangan bekalan yang menyebabkan kenaikan mendadak harga barangan kembali pulih.

Beliau menegaskan, langkah tersebut penting demi melindungi golongan pengguna. - Getaran, 23 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 3 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar