web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siasat Semula Kes Kematian Baby Syifaa - Isteri Pemangku Raja Johor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2022 3:17PM

Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam memuat naik hantaran dalam Instagram Story baginda mengenai kematian Baby Syifaa serta perlunya kes itu disiasat semula.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isteri Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam menggesa siasatan semula dilakukan ke atas kematian bayi perempuan, Nour Rania Asyifaa Yuseri, 15 bulan pada 22 Februari lalu.

Che’ Puan Besar Khaleeda menerusi hantaran di Instagram miliknya berpendapat, kecederaan bayi itu yang dikatakan akibat terjerut kain buaian di pusat asuhan terletak di Bandar Sri Sendayan, Seremban seperti ‘tidak masuk akal’.

Dalam hantaran itu, baginda meletakkan tanda pagar #justiceforbabysyifaa dan turut menandakan nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

“Bagi saya tidak masuk akal baby Syifaa terjerut buai dengan ada kesan luka di kakinya seperti dia diheret.

“Dan lagi satu yang kawan saya pointed out (tunjuk), kesan di leher itu nipis. Kalau betul dijerut dengan buai, will it not show a thicker mark (tidakkah ia akan tunjukkan tanda lebih tebal)? Tak penah saya tengok buai bertali nipis,” tulis baginda.

Selain itu, Che’Puan Besar Khaleeda turut berkongsi hantaran Yuseri Yusoff, 39, bapa kepada bayi malang itu pada 24 Mac lalu dengan mempersoalkan bagaimana seseorang tergamak melakukan perbuatan kejam itu.

“Bagaimana seseorang boleh lakukan perkara ini terhadap kanak-kanak tidak berdaya.

“Anda perlu siasat semula kes ini,” tulis baginda dengan menandakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Rina.

Media sebelum ini melaporkan, Nour Rania Asyifaa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Sendayan pada jam 4.30 petang selepas seorang wanita yang juga pengasuhnya membawa mangsa ke klinik itu untuk rawatan.

Menurut siasatan awal polis, pengasuh mendakwa mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan leher dan kepalanya terkeluar daripada buaian serta tergantung pada kain buaian, manakala badan berada di dalam buaian.

Hasil bedah siasat Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban pula merumuskan, punca kematian adalah disebabkan tekanan pada leher.

Pada 30 Mac lalu, Yuseri turut dilaporkan meluahkan rasa tidak puas hati dengan perkembangan siasatan polis yang didakwa belum menunjukkan sebarang perkembangan positif.

Pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kematian bayi perempuan itu ditetapkan semula pada 29 Jun ini di Mahkamah Koroner Seremban. - Getaran, 23 Jun 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 9 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 9 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad