web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peniaga Jangan Cuba Sorok Ayam Atau Berdepan Tindakan Tegas - Rosol

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2022 2:58PM

KPDNHEP akan mengadakan pemantauan bagi memastikan tiada pihak menyorok bekalan ayam dengan tujuan mendapatkan keuntungan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG - Peniaga diberi amaran supaya tidak menjadikan isu peningkatan harga ayam yang dijangka bermula 1 Julai ini sebagai alasan untuk menjual bekalan keperluan asas itu lebih mahal sehingga membebankan pengguna.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, peniaga juga diingatkan tidak mencatu atau menyorok bekalan ayam dan pelbagai produk keperluan harian untuk tujuan mengaut keuntungan besar. 

Rasol Wahid - Gambar oleh Syeda Imran
Rasol Wahid - Gambar oleh Syeda Imran

Katanya, pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memperkasakan pemantuan dengan kerjasama daripada pelbagai agensi penguatkuasaan, bagi memastikan tindakan itu tidak dilakukan sewenangnya oleh pengusaha atau peniaga.

“Peniaga tidak boleh menggunakan kenaikan itu sebagai alasan terpaksa menaikkan harga hanya disebabkan suasana global yang sedang mengalami kenaikan dan inflasi makanan. 

“Jangan menggunakan alasan tersebut untuk menaikkan bekalan harga makanan secara melampau. Kalau tidak, kita akan ambil tindakan sebab adalah tugas kita untuk menyeimbangkan antara pengguna dan peniaga. 

“Kalau ada laporan, kita akan siasat terus, iaitu kalau kita terima hari ini, bermakna pegawai kita akan terus menjalankan siasatan dengan diiringi pelbagai pihak penguatkuasa, seperti polis bagi menjamin keselamatan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Jadikan Halal Pilihan Utama Anda bersama LOTUS'S Malaysia di Pasar Raya Lotus’s hari ini. 

Turut hadir, Presiden LOTUS'S Malaysia, Kenneth Chuah Jin Kiat dan Ketua Pegawai Eksekutif Halal Development Corporation (HDC), Hairol Ariffien Sahari. 

Dalam pada itu, Rosol menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa kerajaan bertindak menetapkan jumlah peket minyak masak bersubsidi satu kilogram (kg), sebaliknya beliau menegaskan ia dilakukan hasil inisiatif pemilik pasar raya. 

Menurut beliau, jumlah itu berdasarkan sasaran atau strategi pemasaran dilakukan demi mengekang pihak tidak bertanggungjawab membelinya dalam kuantiti terlalu banyak atau bertindak melakukan penyeludupan. 

“Sebulan kerajaan beri 60,000 tan metrik bersamaan 60 juta peket minyak, ertinya purata dapat seorang dua peket kalau ikut jumlah keseluruhan rakyat Malaysia. T20 mahupun M40 mungkin tak beli. Jadi, dari segi jumlah, mencukupi dan kita tak pernah kenakan syarat untuk seorang harus dijual berapa peket. 

“Namun, pemilik pasar raya yang tetapkan begitu sebab kalau tidak seminggu habis dah minyak peket dibeli peniaga, mungkin nak jual balik dan sebagainya. Dengan adanya jumlah tersebut, ia mampu mengawal sedikit minyak masak dan mengelakkan ‘disalahguna’ pihak tidak bertanggungjawab. 

“Bagaimanapun, mereka (peniaga) tak boleh tetapkan kalau nak beli minyak peket kena beli barang-barang lain, itu adalah salah dan haram dilakukan,” katanya. 

KPDNHEP menggalakkan sesiapa yang boleh menghasilkan dedak tempatan bagi membolehkan ia dijual pada harga lebih murah.
KPDNHEP menggalakkan sesiapa yang boleh menghasilkan dedak tempatan bagi membolehkan ia dijual pada harga lebih murah.

Sementara itu, Rosol menyambut baik cadangan dan menyatakan kementerian sedia bekerjasama sekiranya terdapat pengusaha tempatan yang menghasilkan dedak sendiri agar ayam mampu dijual pada harga lebih murah. 

“Kita alu-alukan kalau ada kajian, ada penyelidik menawarkan produk alternatif, seperti kambing, lembu walau bukan bawah bidang kita kerana ia dipantau Kementerian Pertanaian dan Industri Makanan (MAFI)

“Kita akan lakukan pelbagai kajian bagi menetukan adakah produk tersebut perlu. Bukan sahaja penternak ayam, malah orang kampung kalau ada formula lebih baik, kita alu-alukan,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, harga siling bagi ayam dan telur ayam serta subsidi minyak masak kemasan botol dua, tiga dan lima kg tidak akan diteruskan berkuat kuasa pada 1 Julai.

Subsidi minyak masak botol dimulakan pada Ogos 2021 adalah sebagai langkah sementara semasa COVID-19 yang dilanjutkan tiga bulan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, pemansuhan itu dilaksanakan kerana ia disalahguna dan berlaku penyeludupan oleh pelbagai pihak, termasuk industri. - Getaran, 23 Jun 2022.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 13 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 17 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar