web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hujan Lebat Sejak 6.30 Pagi, Melaka Tengah Dilanda Banjir Kilat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2022 11:18AM

Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Melaka Tengah susulan hujan lebat sejak 6.30 pagi tadi. - Gambar dari Facebook Melaka Hari Ini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA -  Beberapa kawasan di Melaka Tengah dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak 6.30 pagi tadi menyebabkan air dari sungai dan parit melimpah ke rumah penduduk di kawasan rendah.

Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dalam kenyataan memaklumkan antara kawasan terjejas Taman Rambai Indah, Taman Rambai Utama, Taman Rambai Jaya dan Tanjung Minyak.

“Selain itu, kawasan lain yang turut dilanda banjir kilat ialah Kampung Pengkalan Rama Pantai, Rumah Awam Pantai Peringgit, Taman Desa Molek dan Kampung Padang Bukit Lintang.

“Bagaimanapun, setakat 8 pagi tiada pusat pemindahan dibuka,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka menyelamatkan enam sekeluarga termasuk seorang pesakit kanser yang terlantar sakit selepas rumah mereka di Jalan Bukit Senjuang dinaiki air.

Jurucakap JBPM Melaka berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 7 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu dikerah di lokasi.

“Kesemua mangsa telah dibawa keluar dan ditempatkan di rumah jiran yang berhampiran,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad