Berita Terkini

4 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pengguna Luah Kemarahan, Kebimbangan Mansuh Subsidi Di Media Sosial

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2022 12:01PM

Pemansuhan subsidi minyak masak sawit tulen bagi kemasan botol dua, tiga dan lima kilogram (kg) dianggap membebankan apatah lagi ramai yang baru bangkit semula selepas pandemik. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan memansuhkan kawalan harga siling ayam dan telur, selain minyak masak sawit tulen bagi kemasan botol dua, tiga dan lima kilogram (kg) bukan sahaja merisaukan pengguna, khususnya dalam kalangan B40, malah mencetuskan perdebatan hangat dan mengundang kemarahan pelayar media sosial.

Mereka juga memberikan komen negatif terhadap pengumuman Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengenai tambahan tunai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada B40 yang menyaksikan pemberian RM100 bagi isi rumah dan RM50 untuk individu bujang.

Tinjaun Getaran di medium komunikasi itu, termasuk Twitter mendapati rata-rata pengguna platform tersebut berkongsi pandangan, termasuk rasa tidak puas hati mengenai isu terbabit.

Menurut pengguna akaun @faizalhassan, rakyat memerlukan kawalan harga barangan daripada kerajaan, bukannya solusi sementara seperti bantuan kewangan tertentu.

“Kami ingin kerajaan memberi subsidi dan mengawal harga pasaran, bukannya RM50 yang hanya boleh membeli beberapa barangan keperluan bagi seorang.

“Kami memerlukan penyelesaian jangka masa panjang dan kami tidak memerlukan solusi jangka pendek, dengan bagi duit bukan penyelesaian di sini dan ia tidak menguntungkan rakyat Malaysia,” ciapnya.

Pengguna akaun @ChopperhazardD berkata, keputusan kerajaan mengenai isu pemansuhan subsidi produk itu semakin membebankan rakyat, terutama B40.

“Harga siling ayam dan telur juga dimansuhkan bermula 1 Julai ini, setiap kali berlaku masalah, rakyat yang tanggung.

“Tetapi sehingga kini, pelbagai ketirisan dan penyelewengan dana kerajaan masih tiada yang bertanggungjawab dan kerajaan berasa dengan hanya memberi wang, beban rakyat akan berkurangan,” ujarnya.

Orang ramai bimbang, pemansuhan subsidi minyak bakal menyebabkan kenaikan harga makanan di restoran. - Gambar oleh Azim Abd Rahman
Orang ramai bimbang, pemansuhan subsidi minyak bakal menyebabkan kenaikan harga makanan di restoran. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Manakala, menurut pengguna akaun @frankrxII, penarikan subsidi itu akan memberi peluang untuk peniaga dan pengeluar minyak mengambil kesempatan menaikkan harga secara mendadak.

“Susulan pengumuman kerajaan ini, saya pasti lepas ini ramai akan beratur membeli minyak masak botol sebelum 1 Julai di supermarket (pasar raya).

“Tetapi, isu kehabisan minyak akan diumum dan secara tiba-tiba lepas 1 Julai, stok minyak akan mencukupi di pasaran, ini helah peniaga untuk mengelak pembelian bernas oleh orang ramai,” katanya.

Selain itu, pengguna akaun @HannZiq berkata, pemansuhan subsidi minyak masak untuk botol dua, tiga dan lima kg sebenarnya memberi kesan kepada keluarga dalam kalangan B40 dan M40 di kawasan bandar.

“Mana nak cari minyak masak paket satu kg di pasar raya. Susah dan majoriti akan habis sebab dibeli penjaja juga hmmm,” tulisnya.

“Adakah dengan penghapusan harga siling minyak masak, telur dan ayam jelas menunjukkan pihak kerajaan Malaysia semakin hilang kawalan terhadap syarikat korporat berasaskan keperluan asas di Malaysia?,” soal pengguna akaun @wak_piee.

“Sakit ya hati baca berita. Subsidi minyak dihapuskan, harga ayam naik dan kawalan harga siling ayam dan telur tidak diteruskan. Kalau lah keputusan ini dibuat disebabkan menteri tak buat kerja, memang aku tak halalkan duit cukai yang aku bayar yang masuk ke dalam poket menteri,” komen seorang pengguna.

Bagaimanapun, menerusi tinjauan dijalankan itu, rata-rata pengguna bimbang dan masih keliru mengenai pengumuman kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak sawit tulen botol dua, tiga serta lima kg mulai Julai ini kerana disifatkan tidak wajar dan membebankan rakyat. – Getaran, 22 Jun 2022.

Sorotan

1

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

2

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

3

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

4

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

5

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

6

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Hafizul Hawari Hadapi 7 Pertuduhan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Tak Dedah Mengenai Pertemuan Dengan Raja Arab Saudi Ketika Siasatan – Saksi

Semasa 3 jam yang lalu

PAS Puji Tindakan Pantas Menteri Pertahanan Kendalikan Tragedi Helikopter TLDM

Semasa 1 hari yang lalu

Jurutera Awam Dituduh Bersubahat, Babitkan Penipuan Pembayaran Hampir RM20,000

oleh Rafisqi Radhi