web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Positif Kemungkinan Terambil Lebih Dadah Dalam Kereta - Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2022 7:07PM

Datuk Muhamad Zaki Harun

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan yang kini dalam keadaan kritikal kerana terdapat kandungan dadah di dalam badannya, kemungkinan ‘terambil’ lebih dadah di dalam kereta milik bapa sepupunya ketika dibawa ke lokasi penagihan dadah, petang kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata susulan itu kereta milik bapa sepupu kanak-kanak itu, yang berusia 30 tahun, telah dirampas untuk siasatan lanjut.

“Siasatan lanjut terhadap kereta Proton Saga milik suspek akan dilakukan oleh pihak forensik,” katanya kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak tersebut yang kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, hari ini.

Semalam media melaporkan kanak-kanak yang berasal dari Kampung Sri Bintang, Kuala Krai, dekat sini berada dalam keadaan kritikal selepas pemeriksaan doktor mendapati terdapat kandungan dadah di dalam badannya.

Muhamad Zaki berkata yang menyifatkan kejadian yang menimpa kanak-kanak itu sebagai sesuatu yang malang berkata, siasatan polis mendapati keluarga kanak-kanak itu memang menghadapi banyak kesukaran, selain emak kanak-kanak itu sendiri menghidapi penyakit kanser tahap empat.

Beliau berkata susulan kejadian itu, polis telah menjalankan Ops Khas di kawasan Kampung Sri Bintang tengah malam tadi dan menahan sembilan individu, di samping merampas 102 biji pil kuda. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad