web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenderaan Berat Dilarang Masuk Ke Pusat Bandar KL Pada Waktu Puncak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2022 7:01PM

Datuk Seri Jalaluddin Alias - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melarang kenderaan berat melebihi 7.5 tan memasuki pusat bandar pada waktu puncak, berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata langkah itu diputuskan oleh jawatankuasa khas bagi mencari jalan penyelesaian berkaitan kaedah dan tindakan penyuraian kesesakan lalu lintas di ibu negara hari ini.

Justeru, beliau berkata mana-mana kenderaan berat yang dikesan masuk ke ibu kota pada waktu puncak akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 79 Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Kami mendapati kemasukan kenderaan berat tanpa mengira waktu menjadi antara punca yang menyumbang kepada kesesakan lalu lintas di ibu negara.

“Oleh itu, sekiranya mereka melanggar peraturan ini, mereka akan dikenakan tindakan kompaun secara mandatori dan kami berpendirian tegas untuk tidak akan melayan sebarang rayuan yang dikemukakan kelak,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa khas itu di sini.

Jalaluddin berkata DBKL juga akan meletakkan paparan maklumat boleh ubah (VMS) larangan kenderaan berat di lokasi berhampiran sempadan penyediaan kawasan parkir sebelum masuk ke ibu negara.

Beliau berkata kesesakan lalu lintas di ibu negara juga didapati berpunca daripada peningkatan berganda jumlah kenderaan selepas Perintah Kawalan Pergerakan dilonggarkan melalui pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara pada Ogos tahun lepas.

“Ia juga disebabkan tiada lagi pelaksanaan bekerja dari rumah dan halangan di jalan utama seperti kemalangan, pokok tumbang serta kenderaan rosak selain penurunan sehingga 30 peratus terhadap penggunaan pengangkutan awam,” katanya.

Jalaluddin berkata jawatankuasa khas itu turut memutuskan untuk melarang kenderaan parkir di bahu jalan semasa waktu puncak dan membatalkan petak parkir secara berperingkat di jalan utama.

“Kami juga melarang penjaja meniaga di bahu jalan semasa waktu puncak dan membatalkan petak penjaja secara berperingkat terutama di bahu jalan di jalan utama.

“Pada masa sama, kami juga sentiasa mengemas kini papan tanda berkaitan lalu lintas dan peraturan keselamatan jalan raya serta menguat kuasa larangan kenderaan berhenti di petak kuning persimpangan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

2

Sukan 1 tahun yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KPDN Pertimbang Tambah Kenderaan Layak Terima Subsidi Diesel – Armizan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Berniaga Tanpa Kebenaran, 9 Peniaga Warga Asing Dikenakan Tindakan

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad