web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lapor Jika Ada Perubatan Islam Dalam Talian Menyeleweng

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2022 6:22PM

Idris Ahmad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAIPING - Orang ramai diminta membuat laporan kepada pihak berkuasa jika ada amalan perubatan Islam dalam talian yang salah dan menyeleweng di sisi agama.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata laporan itu perlu bagi membolehkan siasatan dan tindakan diambil jika amalan perubatan itu telah menyeleweng.

“Kita harap netizen kalau ada amalan perubatan yang melanggar akidah agama seperti soal jampi, jangan tunggu pejabat agama dan boleh laporkan kepada Jabatan Agama Islam negeri, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

“Kita tidak mahu perkara itu menular sehingga mendatangkan musibah,” katanya pada sidang media sempena Program Jualan Bergerak Bantu Rakyat Parlimen Bukit Gantang di Kampung Kurnia Jaya, Kamunting, di sin, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor, semalam yang mencadangkan agar Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam mengadakan satu mesyuarat bagi memperhalusi isu berhubung trend pengamal perubatan Islam secara dalam talian.

Sebelum ini Ketua Lajnah Penyelidikan dan Pembangunan Darussyifa Malaysia, Datuk Abdul Rashid Mat Amin, berkata kemunculan individu yang mendakwa melakukan penipuan dengan mengenakan caj tinggi dan kesalahan moral seperti mencabul benar-benar mencalarkan imej perawatan Islam. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad