web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekalan Air Bersih Terputus 4 Hari, Ada Yang Mandi Di Longkang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2022 5:28PM

Beberapa penduduk terpaksa mandi di longkang selepas Miri tidak menerima air bersih sejak empat hari lalu. - Tangkap layar dari video di Facebook Harrison Anyi Laeng

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - Sudah hari keempat penduduk di kebanyakan kawasan di daerah ini tidak menerima air bersih sehingga sesetengah mereka terpaksa mengambil bekalan sumber itu dari kolam, malah ada antaranya mandi di longkang.

Mereka turut menyiarkan dan berkongsi gambar situasi ‘mengejutkan’ itu di media sosial ketika lebih 300,000 penduduk Miri terus ‘menderita’ akibat ketiadaan sumber air bersih.

“Warga (penduduk) Senadin mandi dan ambil air termasuk saya...,” kata seorang penduduk, Amby Asie menerusi perkongsiannya.

Bomba turut membantu menghantar air kepada penduduk-penduduk di sekitar Miri yang terkesan dengan ketiadaan air. - Gambar dari Facebook Miri Edition
Bomba turut membantu menghantar air kepada penduduk-penduduk di sekitar Miri yang terkesan dengan ketiadaan air. - Gambar dari Facebook Miri Edition

Difahamkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri sedang menyalurkan air bersih dari Loji Rawatan Air Lambir ke lokasi terpilih bagi membolehkan orang ramai mendapatkan bekalan itu.

Di Kuching, Menteri Utiliti dan Komunikasi Negeri, Datuk Julaihi Narawai berkata, beliau berharap bekalan air bersih di Miri dapat dipulihkan esok.

“Pasukan dari lembaga air di Miri bekerja sepanjang masa untuk membaiki saluran paip pecah. Kami benar-benar kesal dengan gangguan serius yang menjejaskan rakyat,” katanya kepada media.

Julaihi berkata, kesan teruk gangguan bekalan air itu adalah sesuatu yang tidak dijangka.

Gangguan bekalan air di daerah pengeluar minyak di Sarawak itu, terus bertambah buruk dari hari ke hari, dengan lebih ramai penduduk mengalami masalah paip kering untuk hari keempat.

Mantan Datuk Bandar Miri, Datuk Lawrence Lai semalam, meminta pihak berkuasa negeri membawa masuk kumpulan pakar dari luar Sarawak untuk membaiki saluran paip air utama yang kerap pecah.

“Jelas sekali juruteknik dan kontraktor Lembaga Bekalan Air Sarawak Utara cawangan Miri menghadapi kesukaran untuk menangani saluran paip utama air yang pecah ini. Panggil pakar dari luar, mungkin pakar dari Kuala Lumpur.

“Mesti ada pakar di negara ini mempunyai pengalaman luas berurusan dengan paip bawah tanah yang besar memandangkan terdapat begitu banyak terowong bawah tanah di Kuala Lumpur,” katanya.

Orang ramai membeli air mineral di sebuah pasar raya di Miri. - Gambar dari Facebook Miri City Sharing Channel
Orang ramai membeli air mineral di sebuah pasar raya di Miri. - Gambar dari Facebook Miri City Sharing Channel

Lai yang juga seorang peguam berkata, keadaan itu menyebabkan Miri kehabisan air minuman dalam botol apabila pasar raya dan kedai ‘diserbu’ penduduk kerana  ingin mendapatkan bekalan air bersih.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Miri, Datuk Lee Kim Shin mengakui bahawa juruteknik Miri yang ditugaskan membaiki saluran paip pecah berdepan kesukaran.

“Paip itu terus pecah walaupun selepas pembaikan selesai,” katanya.

Lebih 300,000 penduduk di kira-kira 65,000 kediaman serta ratusan kedai, pejabat dan sekolah masih terputus bekalan air sejak jam 2 pagi, Khamis lalu.

Menurut Lembaga Bekalan Air Sarawak Utara, kerja pembaikan agak sukar dijalankan kerana saluran paip bekalan utama rosak teruk akibat pergerakan tanah.

Kerja pembaikan agak sukar dijalankan kerana saluran paip bekalan utama rosak teruk akibat pergerakan tanah. - Gambar dari Facebook Miri Edition
Kerja pembaikan agak sukar dijalankan kerana saluran paip bekalan utama rosak teruk akibat pergerakan tanah. - Gambar dari Facebook Miri Edition

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Bekalan Air Sarawak Utara, Daniel Punang berkata, pihaknya sedang menyiasat punca yang mencetuskan pergerakan tanah sehingga menyebabkan kerosakan berkenaan.

Malah, jelasnya, penduduk yang memerlukan sumber air bersih diminta ke pusat pengumpulan tertentu kerana pihaknya menempatkan tangki air.

Kejadian terbaharu ini berlaku enam hari selepas isu saluran paip air rosak akibat kerja pembinaan di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo Miri ke Bintulu.

Hampir tiga per empat daerah Miri dilaporkan terjejas dengan situasi terbabit.

Kerosakan itu dikatakan berpunca daripada kontraktor pembinaan jalan yang melakukan kerja menaik taraf lebuh raya berkenaan. – Getaran, 19 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek