web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tembak PGA, Proses Ekstradisi Warga Thailand Sedang Dilaksana

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2021 8:47PM

Abdul Hamid Bador

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Proses permohonan mengekstradisi tiga suspek utama warga negara Thailand yang terbabit dalam serangan terhadap dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand, pada 24 November tahun lalu, sedang dilaksanakan.

Tindakan mengekstradisi tiga suspek itu adalah sebahagian daripada proses siasatan dan dakwaan di negara ini, yang dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, permohonan ekstradisi itu sudah ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin baru-baru ini.

"Ia selaras dengan hubungan Malaysia-Thailand melalui TRITI yang telah dimeterai di Bangkok, Thailand, 4 Mac 1911 iaitu Treaty Between The United Kingdom and Siam Respecting The Extradition Of Fugutive Criminals'.

"Setelah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 27 Oktober 1969, TRITI ini telah dipersetujui untuk diteruskan sebagai instrumen ekstradisi di antara Malaysia dan Thailand," katanya hari ini.

Abdul Hamid berkata,  PDRM komited untuk memastikan segala urusan diambil agar kesemua suspek dalam kes berkenaan dapat dibawa ke Malaysia, bagi membolehkan proses undang-undang dilaksanakan.

Dalam kejadian berkenaan, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkorban manakala rakannya,  Sarjan Norihan Tari, 39, cedera dalam pertempuran dengan 13 penyeludup, kira-kira 600 meter dari tembok sempadan negara berhampiran Pos Kawalan TS9, Padang Besar, Perlis.

Susulan itu, polis giat memburu tiga suspek utama bagi membantu siasatan kes terbabit, dan jumlah keseluruhan suspek yang ditahan sebelum ini adalah seramai 52 orang, termasuk empat warga Thailand. - Getaran, 27 Mac 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar