web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Isteri SM Faisal Cabar Prosiding Komital Di Mahkamah Syariah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2022 9:12PM

Emilia Hanafi bersama anak-anak. - Gambar dari Instagram Emilia Hanafi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas isteri ahli perniagaan terkenal, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar bidang kuasa Mahkamah Syariah Kuala Lumpur yang menjatuhi hukuman penjara tujuh hari terhadapnya kerana menghina mahkamah.

Pada 4 September 2019, Mahkamah Tinggi Syariah menjatuhkan hukuman itu terhadap Emilia Hanafi, 43, kerana mengubah tarikh lawatan tiga anaknya untuk bersama bapa mereka namun beliau dibebaskan dengan jaminan RM5,000 sementara menunggu rayuan.

Emilia memfailkan permohonan itu menerusi Tetuan Nizam Bashir & Associates di Mahkamah Tinggi pada 8 Jun lepas dan menamakan SM Faisal, 43, serta bekas ibu mentuanya Puan Sri Zaleha Ismail, 70, sebagai responden.

Turut dinamakan ialah Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur dan Kerajaan Malaysia.

Berdasarkan permohonan itu, Emilia tidak tinggal atau bermastautin di Wilayah Persekutuan dan semasa prosiding hadhanah difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 23 Julai 2018, beliau tinggal atau bermastautin di Kajang, Selangor.

Beliau berkata Seksyen 4 Akta Undang-Undang Keluarga (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 adalah terpakai untuk semua orang Islam yang tinggal dalam Wilayah Persekutuan dan yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan tetapi tinggal di luar Wilayah Persekutuan.

“Oleh yang demikian, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa dalam perkara itu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 4 Akta Undang-Undang Keluarga.

“Sebagai mahkamah yang mempunyai bidang kuasa tempatan yang terhad, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan jelas tidak mempunyai bidang kuasa dalam prosiding komital tersebut,” katanya.

Emilia memohon deklarasi bahawa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur tidak memiliki bidang kuasa untuk mendengar serta menghukum mana-mana individu yang menghina mahkamah sebaliknya bidang kuasa itu adalah hak eksklusif mahkamah sivil di peringkat Mahkamah Persekutuan, Rayuan dan Tinggi, menurut Artikel 126 Perlembagaan Persekutuan.

Peguam Nizam Bashir, yang mewakili Emilia, memberitahu pemberita pada prosiding pengurusan kes hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan 20 Julai untuk mendengar permohonan kebenaran semakan kehakiman itu.

Peguam Ummi Kartini Abdul Latiff mewakili SM Faisal dan Zaleha manakala Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali mewakili Jabatan Peguam Negara.

Hukuman terhadap Emilia menyebabkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah mengeluarkan kenyataan bahawa wanita Islam masih didiskriminasi di bawah sistem undang-undang syariah Malaysia yang disiarkan oleh sebuah portal.

Pada 25 April lepas, Maria Chin dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah selepas didapati bersalah menghina mahkamah dengan mengkritik keputusan mahkamah itu yang menjatuhkan hukuman penjara ke atas Emilia. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad