web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bon Odori Cetus Reaksi Berbeza, Ada Anggap PAS Tak Derhaka

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2022 6:25PM

Gadis-gadis Jepun yang menetap di Malaysia menghadiri festival Bon Odori yang diadakan di Shah Alam pada 20 Julai 2019. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendirian PAS berhubung penganjuran Festival Bon Odori yang menjadi kontroversi baru-baru ini menerima reaksi berbeza penganalisis, dengan turut mengambil kira aspek agama dan kepatuhan terhadap Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Ketua Agama Islam negeri.

Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan mendakwa, tindakan PAS boleh disifatkan sebagai satu penderhakaan.

Menurut beliau, rakyat sepatutnya tidak menyanggah titah Sultan Selangor kerana ia mempunyai kebenaran dan merit tersendiri.

Dr Azmi Hassan
Dr Azmi Hassan

Bagaimanapun, Azmi tetap menyelitkan pujian terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad yang dilihat tidak 'memanaskan' lagi isu tersebut dan berkata, tindakan itu perlu diteladani pemimpin PAS lain.

"Perbezaan pendapat ini dikira biasa dalam kehidupan kita tetapi perbezaan pendapat apabila melibatkan institusi beraja, kita perlu berhati-hati kerana ia perkara sensitif.

"Kalau katakanlah pemimpin PAS itu kira orang Islam Melayu sanggup menyanggah titah baginda Sultan, apa akan berlaku jika orang bukan Melayu akan menyanggahnya? Jadi ini dikatakan isu sensitif (dan) kita patut berhati-hati dalam perkara ini," katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, media melaporkan, Idris menasihatkan umat Islam dalam negara ini supaya tidak menyertai  Festival Bon Odori yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Negara Shah Alam pada 16 Julai depan.

Beliau berkata, kajian yang dibuat JAKIM mendapati program itu mempunyai unsur-unsur keagamaan dan elemen syirik kerana mempercayai kewujudan entiti lain sebagai tuhan.

Pada 9 Jun lalu, Sultan Selangor menitahkan Idris hadir sendiri ke festival tersebut supaya dapat memahami perbezaan di antara agama dan budaya.

Baginda juga tidak mahu Idris menggunakan platform JAKIM untuk membuat kenyataan yang tidak tepat dan mengelirukan.

Sehari selepas itu iaitu pada 10 Jun, Dewan Ulama PAS Pusat dilaporkan menggesa umat Islam di negara ini supaya tidak menyertai Festival Bon Odori kerana terdapat unsur-unsur keagamaan dalam festival berkenaan.

Ketua Dewannya, Datuk Ahmad Yahaya berkata, meskipun terdapat pandangan bahawa festival berkenaan berkait dengan aspek kebudayaan, ia tidak sesekali mengetepikan pandangan bahawa Bon Odori tetap mengandungi unsur ritual keagamaan Buddha.

Idris pada 11 Jun lalu dilaporkan berkata, beliau tidak mahu memanjangkan isu perdebatan berkaitan penganjuran Festival Bon Odori dan memilih untuk tidak memberikan sebarang reaksi.

Mengulas lanjut Azmi berkata, walaupun kontroversi berkenaan dikhuatiri memberi kesan terhadap hubungan Malaysia-Jepun, Azmi berpendapat kedutaan negara Matahari Terbit itu memahami situasi yang timbul.

Katanya, pihak kedutaan pasti memahami bahawa mereka yang menyanggah festival Bon Odori tersebut digolongkan sebagai kelompok minoriti.

"Saya pasti majoriti rakyat Malaysia memahami apa itu Bon Odori dan memahami bagaimana kita menghormati orang lain terutama orang luar yang berada di Malaysia," katanya.

Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain
Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain

Pandangan berbeza bagaimanapun diketengahkan Pengasas Jurisprudens Watan, Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain yang tidak melihat ada unsur penderhakaan namun mengingatkan, semua pihak perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

Beliau yang juga Profesor Madya Fakulti Pengurusan Industri Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkata, pihak menteri iaitu Idris wajar menghadap Sultan Selangor bagi menyampaikan penjelasan sebagai penyelesaian terbaik dalam isu tersebut.

"Jadi dalam hal ini, eloklah menteri menghadap Tuanku, saya yakin Sultan Selangor seorang Sultan yang berjiwa besar, yang terbuka untuk sebarang perbincangan dan saya rasa ia adalah jalan terbaik daripada kita teruskan polemik," katanya.

Jelas Wan Ahmad Fauzi, langkah menghadap baginda adalah penyelesaian paling pragmatik ketika ini, sesuai dengan status Sultan Sharafuddin sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

“Sekiranya pihak menteri ada faktor-faktor lain yang boleh dipertimbangkan oleh Sultan Selangor maka sebaiknya beliau menghadap baginda,” katanya. – Getaran, 15 Jun 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan