web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hina Nabi Muhammad, PH Mahu Bertemu Pesuruhjaya Tinggi India Ke Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2022 5:42PM

Aktivis dan penyokong parti Jamaat e Islami Pakistan mengadakan protes bagi membantah kenyataan pegawai BJP yang melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad di Lahore, 11 jun lalu. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) akan bertemu dengan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, B Nagabhushana Reddy berhubung kenyataan pegawai Parti Bharatiya Janata (BJP) yang melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad.

Perkara itu ditegaskan Presiden Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, menerusi kenyataan bersama hari ini.

Menurut kenyataan itu, mereka mahu memberi penegasan mengenai isu yang mencetuskan kemarahan umat Islam di India dan puluhan negara Islam lain.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan meneliti perkembangan isu beberapa wakil BJP di India minggu lalu yang mengeluarkan kenyataan berhubung Nabi Muhammad SAW.

“Tindakan tersebut ternyata mengguris hati dan menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, mereka turut menggesa kerajaan India pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi menjaga keharmonian dan kesederhanaan kehidupan beragama di negara berkenaan.

“Kami turut menyeru agar kezaliman dan penghinaan terhadap mana-mana penganut agama di India termasuk Kristian, Buddha, Islam dan kasta seperti Dalit dihentikan,” katanya.

Pada 27 Mei lalu, dua pegawai parti BJP, Nupur Sharma dan Naveen Kumar Jindal membuat kenyataan kontroversi mengenai Nabi Muhammad dan isteri baginda, Saidatina Aisyah. 

Kenyataan berbaur penghinaan itu dibuat menerusi debat yang disiarkan dalam televisyen serta hantaran di media sosial. 

Susulan itu, BJP menggantung keahlian Sharma dan memecat Jindal kerana parti berkenaan mengecam sebarang bentuk penghinaan terhadap mana-mana agama. 

Walaupun pihak polis sudah membuka kertas siasatan terhadap kedua-duanya, namun, ia tidak menghalang orang Islam turun ke jalanan menganjurkan protes.

Malah Reddy turut dipanggil oleh Kementerian Luar Negeri (KLN) bagi menyampaikan penafian berhubung kenyataan dua ahli politik negara itu.

KLN menerusi kenyataannya memaklumkan, Reddy dipanggil ke kementerian berkenaan pada 7 Jun lalu.

"Malaysia mengalu-alukan keputusan parti pemerintah India untuk menggantung ahli parti terbabit berikutan kenyataan provokasi yang telah menimbulkan kemarahan umat Islam," katanya. - Getaran, 15 Jun 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad