web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keluarga Adib Tarik Balik Rayuan Komital Terhadap Tommy Thomas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2022 12:38PM

Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keluarga anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menarik balik rayuan berhubung prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Bapa Muhammad Adib iaitu Mohd Kassim Abdul Hamid telah mengemukakan dua rayuan di Mahkamah Rayuan antaranya terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang mengetepikan keputusan koroner yang memberinya kebenaran untuk memulakan prosiding komital terhadap Thomas.

Tetuan Mohd Zubir Embong & Associates yang mewakili keluarga Muhammad Adib dalam kenyataan hari ini berkata, arahan itu dibuat oleh keluarga Muhammad Adib kerana tidak lagi mahu memanjangkan perkara tersebut.

Kenyataan itu memaklumkan, susulan daripada arahan keluarga Muhammad Adib agar rayuan bapanya ditarik balik, pihak peguam telah memfailkan notis menarik balik rayuan pada 31 Mei lepas, diikuti pengesahan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menarik balik permohonan kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan.

“Maka dengan ini, pihak keluarga arwah Muhammad Adib menganggap bahawa proses dan prosiding penghinaan mahkamah terhadap Thomas dan Jabatan Peguam Negara selesai dan tamat serta berharap masyarakat dapat membenarkan ahli keluarga arwah memulakan kehidupan baharu.

"Dalam masa sama, harus ditegaskan bahawa keputusan penyelesaian di peringkat rayuan ini tidak sama sekali mengusik atau mengubah keputusan dan dapatan oleh Mahkamah Koroner pada 27 September 2019, yang mengesahkan bahawa arwah Adib mati dipukul (walaupun pembunuhnya tidak dapat ditemui hingga ke hari ini) dan bahawa kematian arwah turut disumbangkan oleh kegagalan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal rusuhan,” menurut kenyataan itu.

Firma guaman itu memaklumkan alasan penghakiman setebal 52 halaman oleh Hakim Koroner itu juga tidak pernah diakas oleh mana-mana mahkamah yang lebih tinggi dan dengan itu, ia kekal sebagai dapatan fakta yang autoritatif.

Menurut firma guaman itu, pendirian keluarga Muhammad Adib untuk menarik balik rayuan komital ini tidak bererti bahawa usaha mencari pembunuh arwah Muhammad Adib tidak boleh diteruskan oleh PDRM, kerana siasatan jenayah tiada had masa di sisi undang-undang. 

"Perjuangan menuntut keadilan untuk seorang anggota kerajaan yang mati dibunuh ketika bertugas menjaga keamanan juga boleh diteruskan oleh mana-mana masyarakat sivil, orang awam serta badan-badan bukan kerajaan yang prihatin," menurut kenyataan itu lagi.

Pada 29 November 2021, keluarga Muhammad Adib telah menerima pampasan berjumlah RM1.5 juta daripada kerajaan.

Pampasan tersebut adalah sebagai bantuan prihatin daripada kerajaan atas musibah yang menimpa ahli keluarga anggota bomba itu, yang cedera parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman pada 27 November 2018 dan menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018.

Peguam Aidil Khalid yang mewakili Mohd Kassim ketika dihubungi Bernama berkata rayuan AGC di Mahkamah Persekutuan itu ditarik balik semalam.

AGC yang mewakili Thomas merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 8 Februari lepas yang memutuskan bahawa koroner yang mendengar inkues kematian Muhammad Adib mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan kebenaran bagi memulakan prosiding komital terhadap Thomas.

Dua rayuan oleh bapa Muhammad Adib telah digantung pendengarannya, sementara rayuan AGC itu didengar.

Muhammad Adib, yang ketika meninggal dunia berusia 24 tahun, merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, pada 27 November 2018.

Muhammad Adib meninggal dunia pada 17 Disember 2018 selepas 21 hari menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner memutuskan bahawa kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh lebih daripada dua individu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 23 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad