web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kembalikan BDR, Tangani Kesesakan Teruk Jalan Raya - Najib

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2022 7:54PM

Najib berpandangan dengan membenarkan 20 hingga 30 peratus pekerja bekerja dari rumah, maka ia dapat meredakan sehingga 30 peratus kesesakan trafik terutama di Lembah Klang. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan supaya kerajaan dan majikan membenarkan 20 hingga 30 peratus daripada kakitangan mereka untuk bekerja dari rumah.

Beliau berkata, langkah itu mampu ‘meredakan’ kesesakan trafik yang semakin teruk ketika ini, terutama pada waktu puncak dan menjimatkan subsidi petrol serta diesel ditanggung kerajaan.

Katanya, antara isu dihadapi negara sekarang adalah kesesakan trafik sangat teruk dan peningkatan kos subsidi petrol ditanggung kerajaan, yang dijangka melebihi RM30 bilion tahun ini.

“Ketika pandemik, ramai disuruh bekerja dari rumah (BDR) dan kaedah ini terbukti sesuai dengan pelbagai jenis pekerjaan. Sebanyak 70 peratus pekerja disuruh kerajaan untuk bekerja dari rumah masa itu.

“Jadi, saya rasa ia tidak susah sekiranya majikan dan kerajaan hari ini menggalakkan serta membenarkan semula 20 peratus hingga 30 peratus daripada jumlah pekerja untuk bekerja dari rumah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas Najib, langkah tersebut mampu meredakan sehingga 30 peratus kesesakan trafik, malah kerajaan juga dapat menjimatkan kos subsidi petrol diesel pada kadar peratusan sama, iaitu penjimatan melebihi RM9 bilion bagi tahun ini. 

Menurut Najib, pada masa sama, projek pengangkutan awam perlu dipercepat dan disiapkan segera.

 “Projek pengangkutan awam yang ditangguh dan dilengahkan kerajaan PH dahulu, perlu disegerakan serta disiapkan secepat mungkin,” katanya. – Getaran, 11 Jun 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar