web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Mengamuk Rumah Retak, PBT Didakwa Terima Rasuah Lulus Pengubahsuaian 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2022 7:15PM

Tangkap layar dinding rumah seorang lelaki dikenali sebagai Rakesh Bathumalai di Taman Klang Jaya, Selangor, yang retak, didakwa berpunca daripada pengubahsuaian dilakukan jirannya, sejak 7 tahun lalu. - Gambar dari tiktok Rakesh Bathumalai

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas seorang individu mencetuskan kegemparan kerana mengubahsuai rumah hingga kelihatan seperti sebuah kuil, satu lagi kes seakan sama tular di media sosial.

Kali ini ia membabitkan seorang penduduk di Taman Klang Jaya di Klang, Selangor, yang kecewa apabila rumahnya mengalami keretakan teruk, dipercayai berpunca daripada pengubahsuaian dilakukan jirannya, sejak tujuh tahun lalu.

Dikenali sebagai Rakesh Bathumalai, lelaki itu mendakwa, pengubahsuaian tersebut dilakukan selepas menerima kelulusan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Dalam satu video yang dimuatnaik di TikTok, Rakesh mendakwa, pengubahsuaian berkenaan tidak seharusnya dibenarkan kerana akan merosakkan struktur kediaman lain, khususnya yang berada berhampiran dengan rumah terbabit.

Keadaan dinding yang retak di sebuah rumah di Taman Klang Jaya, Selangor. - Gambar tangkap layar dari video Tiktok
Keadaan dinding yang retak di sebuah rumah di Taman Klang Jaya, Selangor. - Gambar tangkap layar dari video Tiktok

Menurut beliau, rumahnya yang sudah berusia hampir 40 tahun mengalami pelbagai kerosakan serius, malah mudah dipecah masuk susulan kerosakan dialami.

Dakwanya, aduan yang dibuat kepada pihak MPK juga bagaikan mencurah air di daun keladi apabila sedikit pun tidak diperdulikan.

Akibat daripada keadaan tersebut jelas Rakesh, beliau dan keluarganya terpaksa berpindah kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku.

“Kalau rumah ini elok, kita tak akan pindah dari sini, kita pun bukannya banyak duit. Tengok keadaan rumah, macam mana kita nak tinggal.

“Sudah lebih kurang 30 tahun kami mendiami rumah ini tanpa masalah. (Tapi) selepas kau (MPK) bagi kelulusan kepada jiran sebelah, hancur rumah ini,” katanya dalam video terbabit.

Video tersebut dimuatnaik pada 8 Jun lalu dan sudah ditonton sebanyak 1.3 juta kali, menerima 7,259 komen serta dikongsi sebanyak 6,946 kali di platform media sosial.

Dalam video terbabit, Rakesh turut mendakwa kejadian itu berlaku disebabkan MPK mengambil rasuah sehingga beliau dan keluarga menjadi mangsa.

Sementara itu, ‘hujan’ komen yang diterima pada video tersebut nyata menyebelahi Rakesh, malah ada yang berpendapat bahawa menularkan video lebih berkesan untuk meraih perhatian, berbanding membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Teruk gila kot rumah dia jadi. Macam mana tak ada apa-apa tindakan. Rumah orang beli hasil titik peluh kerja tapi dibiar rosak. Semoga dapat keadilan,” kata pengguna TikTok, INS (@yourmajesty_28).

“Macam retakan (keretakan) masa gempa bumi ni. Kalau gegaran gempa ini berlaku masa tidur, meninggal terus. Tak ada siapa tanggung rawatan kalau terjadi gempa bumi terdekat,” kata pula Zayler Ziren (@zaylerziren).

Ribuan pengguna lain turut memberikan pendapat senada dan menyuarakan simpati terhadap nasib Rakesh, selain melahirkan harapan agar beliau menerima keadilan sewajarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, MPK menerusi Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, susulan dakwaan rasuah tersebut yang tular menerusi media sosial, pihaknya mengalu-alukan individu berkenaan membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan dilakukan ke atas mana-mana kakitangan disyaki.

Menurut beliau, permit ubah suai dan pelan lulus didapati telah dikeluarkan kepada perunding pada 2012 dan ubah suai rumah tersebut juga telah mendapat persetujuan jiran.

Beliau berkata aduan yang dikemukakan oleh pengadu selepas kelulusan diberi juga telah diambil tindakan oleh pihak MPK.

“Sebelum ini perunding juga telah dilantik bagi mengenal pasti punca keretakan dan perakuan kekukuhan struktur tambahan rumah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kenyataan itu adalah susulan kepada surat dihantar Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang menuntut penjelasan MPK berhubung kejadian. - Getaran, 11 Jun 2022



 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad