web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bon Odori: Sudah-sudahlah Guna Isu Agama Raih Populariti – Syed Saddiq

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2022 4:47PM

Gambar menunjukkan festival Bon Odori yang diadakan di Shah Alam, Selangor, pada 20 Julai 2019. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyelar tindakan pemimpin tertentu yang menasihatkan umat Islam untuk tidak menyertai Festival Bon Odori dengan menyifatkannya sebagai ‘taktik’ meraih populariti demi kepentingan peribadi.

“Sudah-sudahlah gunakan isu agama untuk kepentingan peribadi dan meraih populariti.

“Kenapa dah bertahun-tahun ada Bon Odori baru tahun ni jadi isu nak boikot. Setahu saya, perayaan Bon Odori kali ini adalah kali ke 46 di Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Syed Saddiq berkata, apa yang mencetuskan persoalan ialah ketika kerajaan Kelantan pada tahun 2018 dan 2019 menganjurkan Pesta Budaya Kelate - Jepun dan Perasmian Taman Jepun dengan menyaksikan perayaan Bon Odori turut diadakan sebagai aktiviti, namun tiada pula sebarang boikot atau ‘nasihat’ disuarakan.

Jelasnya, berhubung penganjuran Bon Odori pada tahun ini, Sultan Selangor sudah menitahkan bahawa ia adalah perayaan untuk meraikan perbezaan budaya.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar fail
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar fail

Menurut Syed Saddiq, beliau sendiri amat menghormati pendirian Sultan Selangor bahawa banyak budaya mempunyai kaitan dengan agama, tetapi tidak semestinya agama ada di dalam budaya.

“Apa yang membezakan seorang itu Muslim daripada yang bukan adalah kepercayaan kepada Allah SWT. Tetapi kalau pergi hanya kerana meraikan kebudayaan dan tidak mengamalkannya, itu tidaklah sampai ketahap kepercayaan.

“Kita adalah negara berbilang kaum yang merangkumi setiap budaya dan kepelbagaian. Bon Odori diraikan untuk mengukuhkan semangat muhibah antara rakyat tempatan dan komuniti Jepun di Malaysia,” katanya.

Justeru, Syed Saddiq meminta hukum berhubung Bon Odori tidak disimpulkan tergesa-gesa, sebaliknya diperhalusi melalui kajian dan penelitian betul, seperti dititah Sultan Selangor.

“Jangan sebab buat kesimpulan tergesa-gesa, ia akan memburukkan hubungan Malaysia dengan Jepun dan menyebabkan banyak salah faham,” katanya.

Festival Bon Odori bakal diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam, Selangor pada 16 Julai ini. - Gambar AFP
Festival Bon Odori bakal diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam, Selangor pada 16 Julai ini. - Gambar AFP

Pada masa sama, mantan Menteri Belia dan Sukan itu bersetuju dengan titah baginda supaya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad, menghadiri perayaan Bon Odori untuk melihat sendiri bagaimana ia diadakan.

“Kekuatan negara terletak pada kepelbagaian kita. Kita tidak boleh membiarkan perbezaan dalam budaya ‘merosakkan’ perpaduan,” katanya.

Perayaan Bon Odori yang bakal diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam, Selangor pada 16 Julai ini mencetuskan kontroversi sejak beberapa hari lalu apabila Idris menasihatkan umat Islam tidak menyertai festival itu kerana mendakwa ia mengandungi unsur agama lain.

Katanya, kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merumuskan, festival itu mempunyai unsur keagamaan lain.

Nasihat itu menerima pelbagai maklum balas dan mencetuskan perdebatan berbeza daripada banyak pihak apabila ada yang bersetuju, manakala segelintirnya menganggap ia adalah sebagai keraian ‘suka-suka’ untuk menghargai budaya masyarakat lain tanpa menjurus kepada perkara boleh memesongkan akidah.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Ahmad Yahya turut menggesa umat Islam tidak menyertai Festival Bon Odori kerana ia memiliki unsur Buddha.

“Nasihat disampaikan Menteri (Idris) jelas berpandukan maslahah orang ramai,” katanya. – Getaran, 11 Jun 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar