web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas 2 Tahun, Perkhidmatan Shuttle Tebrau-Woodland Beroperasi Semula 19 Jun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2022 4:10PM

Wee Ka Siong - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Perkhidmatan Shuttle Tebrau dari Stesen Johor Bahru Sentral (JB Sentral) ke Stesen Woodland, Singapura akan beroperasi semula pada 19 Jun ini selepas digantung sejak 24 Mac 2020 ekoran pandemik COVID-19 dan penutupan sempadan antarabangsa.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata jualan tiket kereta api bagi perjalanan 19 Jun hingga 18 Julai itu akan bermula pada pukul 3 pagi, Isnin (13 Jun) ini.

Wee berkata sebanyak 31 perkhidmatan yang beroperasi  setiap hari dari JB Sentral -Woodlands-JB Sentral membabitkan 18 perkhidmatan dari JB Sentral ke Woodlands manakala 13 lagi perkhidmatan dari Woodlands ke JB Sentral.

Menurutnya, seramai 7,000 penumpang dijangka menggunakan perkhidmatan tersebut sehari dengan maksimum kapasiti bagi setiap trip adalah 320 penumpang dan kekerapan perkhidmatan tren adalah 30 minit.

"Perjalanan bagi tarikh 19 -25 Jun sahaja adalah berkapasiti 240 penumpang berbanding 320 penumpang kerana terdapat penambahbaikkan yang dilakukan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura (ICA), Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Kastam Malaysia dan penambahbaikkan merangkumi 'Digital Arrival Card dan 'Face Image Scanner'," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan mengejut ke tapak pembinaan Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura di Bukit Chagar di sini hari ini.

Menurut beliau, penumpang akan menggunakan pasport sebagai tiket rasmi untuk mendaftar masuk di Turnstile Stesen JB Sentral dan Stesen Woodlands sebelum menaiki tren Shuttle Tebrau.

Wee berkata, harga tiket bagi perjalanan dari JB Sentral ke Woodlands adalah RM5 seorang manakala dari Woodlands ke JB Sentral adalah SGD 5.00 (RM15.86) seorang.

"Penumpang boleh membeli tiket menggunakan sistem KITS online atau kaunter tiket dan penumpang dikehendaki mendaftar dan memasukkan nompor pasport terlebih dahulu sebelum membuat pembelian tiket Shuttel Tebrau," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran