web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Belum Ada Jangka Waktu Kuatkuasa Pemansuhan Hukuman Mati - Wan Junaidi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2022 8:18PM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar menandatangani plak perasmian pada Majlis Perasmian Bangunan Klinik Ibu dan Anak Bintawa Kuching hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kerajaan belum menetapkan sebarang jangka waktu bagi menguatkuasakan pemansuhan hukuman mati mandatori yang telah dipersetujui.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata banyak perkara perlu diperhalusi terlebih dahulu termasuk cadangan menubuhkan satu tribunal untuk mengkaji kes yang sudah dijatuhi hukuman itu oleh mahkamah.

“Dari sudut keperlembagaannya, perlu diteliti oleh pihak AG (Peguam Negara) dan kementerian saya kerana kalau bercanggah dengan perlembagaan, ia tidak dapat dilaksanakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan kenyataan medianya hari ini yang memaklumkan persetujuan kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di Malaysia dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Menurut kenyataan itu, keputusan tersebut dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh Wan Junaidi semasa mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun lepas. 

Wan Junaidi juga berkata kerajaan secara prinsipnya menerima dan mengambil maklum syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui laporan kajian itu.

Jawatankuasa itu, yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tun Richard Malanjum, dianggotai pakar perundangan seperti bekas Hakim Besar Malaya, bekas Peguam Cara Negara, pengamal undang-undang, pensyarah undang-undang dari institusi pengajian awam terkemuka dan pakar kajian jenayah.

Beliau berkata beberapa seksyen dalam akta yang memperuntuk hukuman mati mandatori serta seksyen lain yang berkaitan juga perlu diperhalusi sebelum pemansuhannya dapat dilaksanakan.

Wan Junaidi berkata semua kes semasa yang melibatkan mahkamah menjatuhi hukuman mati mandatori namun belum dilaksanakan hukumannya akan ditangguh sehingga pemansuhan itu dikuat kuasa.

“Semua ini kena dikaji satu persatu dan apakah jenis hukuman yang perlu kita buat. Itu tugas saya sekarang sebab kerajaan sudah luluskan menurunkan hukuman-hukuman ini,” katanya yang berharap kajian lanjut akan dilaksana kerana kelulusan pemansuhan itu mendapat sokongan penuh semua pihak di negara ini.

Beliau berkata definisi hukuman mati mandatori perlu difahami kerana terdapat beberapa akta yang tidak memberi pilihan kepada hakim untuk menggunakan budi bicara mereka bagi mengenakan hukuman lain. 

“(Apabila) hukuman mati mandatori ini dihapuskan, kita akan menyerahkan kembali kepada hakim sama ada (untuk menjatuhkan) hukuman mati atau hukuman lain,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan