Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


7 Pelan Jangka Pendek MAFI Tangani Isu Bekalan, Harga Ayam

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2022 7:33PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju melaksanakan tujuh pelan jangka pendek bagi menangani isu bekalan dan harga ayam, sekaligus memastikan stok haiwan ternakan itu kekal terjamin.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, antara pendekatan dilaksanakan adalah mewujudkan kaedah pelaksanaan simpanan stok ayam mulai hari ini untuk menangani kekurangan bekalan di pasaran menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) secara gabungan.

Menurut beliau, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) juga akan mempermudahkan proses pembayaran tuntutan subsidi harga ayam dengan membenarkan caj pendahuluan tuntutan, khususnya penternak kecil dan sederhana dengan jumlah keseluruhan berjumlah RM157.53 juta.

“Kerajaan juga akan memudah cara prosedur import (IP) Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) ke atas empat komoditi merangkumi soya, gandum, jagung dan makanan ternakan berasaskan haiwan serta tumbuhan.

“Ia bakal dilaksanakan menerusi penangguhan fi permit di samping mewujudkan priority lane (laluan utama) bagi proses kemasukan pantas, sehingga bekalan ayam kembali stabil,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Ronald menegaskan proses keperluan lesen pengimportan di bawah DVS melalui kelulusan secara interim akan dipercepatkan bermula 1 Julai depan.

Melalui pendekatan tersebut, jelasnya, proses kelulusan hanya mengambil masa selama tujuh hari bekerja, berbanding 30 hingga 90 hari yang akan memanfaatkan 380 syarikat pengimport bahan makanan ternakan.

“Kerajaan juga melaksanakan semakan semula tarif elektrik sektor agromakanan untuk mengurangkan beban kos operasi pengeluar makanan, selain memberikan pengecualian khas pengambilan pekerja asing dalam industri penternakan ayam mengikut keperluan.

“Ini bagi memastikan ia mampu beroperasi pada tahap optimum dan menjamin kesinambungan pengeluaran.

“Kajian terperinci bagi mekanisme mengurangkan kos minyak sawit mentah turut dilakukan kepada syarikat pengilangan makanan ternakan (feedmill operators) yang bakal dikenal pasti bagi mengurangkan kos makanan ternakan,” katanya.

Dalam pada itu, Ronald berkata, Kluster Komunikasi Strategik di bawah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (FSCC) sudah ditubuhkan bagi memastikan rakyat mendapat mesej dan maklumat sekuriti makanan negara secara berterusan serta efektif.

Jelasnya, Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara turut akan bersidang secara mingguan bagi memantau status bekalan komoditi utama makanan negara.

“Kementerian juga akan dapat mengenal pasti isu dan jalan penyelesaian jangka pendek, sederhana serta panjang terhadap isu sekuriti makanan negara,” katanya.

Keputusan ini, katanya, dipersetujui Mesyuarat Kabinet semalam yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sementara itu, secara amnya, Ronald menjelaskan bekalan makanan negara masih mencukupi untuk menampung keperluan penggunaan tempatan, namun menunjukkan trend penurunan bermula Febuari lalu.

Beliau turut meyakini bekalan ayam akan beransur pulih dan dijangka stabil bermula bulan ini, di samping memberi jaminan kemampuan memperoleh bekalan makanan mencukupi pada harga berpatutan secara berterusan.

“Buat masa ini MAFI giat melaksanakan pemberian subsidi kepada penternak sebanyak RM729.43 juta di bawah Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM) yang dilaksanakan sejak 5 Februari lalu.

“Setakat ini, sebanyak 1,644 permohonan tuntutan subsidi dengan nilai RM113.2 juta diluluskan MAFI.

“Kerajaan meluluskan pemberian subsidi pada kadar RM0.60 per kilogram (kg) dari 5 Februari 2022 hingga 30 Mac 2022 dan subsidi ini dinaikkan kepada RM1.40 per kg bagi tempoh 1 April 2022 sehingga 30 Jun 2022.

“Penternak boleh terus mengemukakan permohonan supaya subsidi dapat disalurkan,” katanya. - Getaran, 9 Jun 2022.

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Anggota Polis Maut Serangan Di Balai Polis Ulu Tiram, Johor

Semasa 15 jam yang lalu

Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Minta Maaf Tapi Pendirian ‘Neutral’, Zus Terus Terima Kecaman

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kawalan Balai, Kawasan Profil Tinggi Termasuk Istana Dipertingkat – KPN