web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekalan Pasport Mencukupi, Kesesakan Ekoran Peningkatan Mendadak - KP Imigresen

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2022 11:00AM

Khairul Dzaimee Daud - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kesesakan yang dilaporkan berlaku di pejabat Imigresen terutama di kawasan Lembah Klang bukan disebabkan kekurangan bekalan pasport tetapi ekoran peningkatan mendadak permohonan dan memperbaharui Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA).

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata permohonan dan pembaharuan PMA telah meningkat mendadak sebanyak 65 peratus ketika ini hingga berlaku kesesakan luar biasa di pejabat Imigresen terutama di Lembah Klang.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan Jabatan Imigresen mempunyai bekalan pasport lebih 1.2 juta yang mampu menampung peningkatan mendadak permohonan serta pembaharuan PMA.

“Bekalan pasport mencukupi, kami ada lebih 1.2 juta (pasport) dalam stor dan kalau habis, pembekal akan tambah lagi,” katanya ketika dihubungi hari ini bagi mengulas situasi kesesakan di kaunter Imigresen.

Khairul Dzaimee berkata antara faktor berlaku kesesakan di pejabat Imigresen adalah kerana orang ramai hadir serentak pada sebelah pagi untuk urusan membuat PMA.

“Contohnya di pejabat Imigresen di Shah Alam, pejabat memang sempit dan ramai datang pada waktu pagi untuk urusan buat pasport … mereka boleh datang sebelah petang,” katanya.

Waktu pengoperasian di enam pejabat pengeluar pasport dan kaunter Jabatan Imigresen dipanjangkan hingga 10 malam manakala enam lagi telah dilanjutkan hingga 6 petang sejak 11 Mei lepas.

Enam premis yang dipanjangkan waktu operasi hingga 10 malam ialah Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka, manakala Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Perlis dilanjutkan hingga 6 petang.

Khairul Dzaimee menasihatkan orang ramai untuk mengambil peluang cuti persekolahan ketika ini bagi memohon dan memperbaharui PMA di pejabat Imigresen di luar kawasan Lembah Klang.

“Kita ada pejabat Imigresen yang menguruskan pasport dan tidak sibuk seperti di Putrajaya atau Shah Alam. Negeri seperti Perlis, Kedah, Kuantan dan Terengganu ini antara pejabat yang tidak sibuk dan permohonan pasport kurang,” katanya.

Khairul Dzaimee turut menasihati orang ramai agar memastikan mereka benar-benar mempunyai keperluan seperti urusan rasmi kerja dan melancong bagi memohon atau memperbaharui PMA.

“Jika tidak ada keperluan, tidak perlu buat pasport lagi … kadang-kadang saya tanya 10 orang yang buat pasport, enam beri jawapan tidak tahu lagi,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Bukan Semua Warga Asing PATI, Ramai Miliki Dokumen Sah - KP Imigresen

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Jabatan Imigresen Tahan 171 Warga Asing Dalam Operasi Di Masjid India

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad