web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RUU Perlembagaan (Pindaan) Dibentang Di Dewan Rakyat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2022 11:51AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rang Undang- Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No3) 2002 akan dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat.

Mengumumkan perkara ini, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas bagi menimbang RUU berkenaan, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, mesyuarat terakhir akan diadakan dalam masa terdekat untuk mengesahkan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas.

"Mesyuarat jawatankuasa bilangan enam 2022 sudah bersetuju dan memuktamadkan draf RUU Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti (Pindaan) (No. 3) 2022 untuk dibentangkan serta dibahaskan dalam Dewan Rakyat.

"Dalam hal ini, lima persoalan dasar dibangkitkan Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 1 Jun lalu dan sudah diulas serta dijawab oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, dalam mesyuarat semalam," katanya.

Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Beliau berkata, maklum balas Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkaitan perkara itu akan dibawa semula sebagai suatu Nota Jemaah Menteri dalam mesyuarat Jemaah Menteri akan datang.

Katanya, Jawatankuasa Pilihan Khas ini secara sebulat suara bersetuju meminta dan mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk Mesyuarat Khas Parlimen diadakan pada minggu pertama Julai nanti.

"Secara umumnya, Jawatankuasa Pilihan Khas ini sudah berjaya melaksanakan terma rujukan sebagaimana usul yang diluluskan pada 11 April lalu.

"Pencapaian ini hasil komitmen bersama semua ahli jawatankuasa dengan sokongan padu Parlimen," ujarnya.

Mengulas lanjut beliau berkata, Mesyuarat Kabinet sebelum ini membangkitkan dua perkara untuk diperinci dan diteliti semula dalam draf RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Tambahnya, selain isu berkenaan, Jemaah Menteri dalam mesyuarat sama turut tidak membantah draf dicadang Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi menimbang RUU berkenaan. – Getaran, 8 Jun 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi