Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Najib Mohon Kemuka Bukti Lanjut Batalkan Perbicaraan Kes SRC

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2022 8:33AM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan permohonan untuk mengemukakan bukti lanjut kepada Mahkamah Persekutuan bagi membatalkan keseluruhan perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta yang mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan.

Peguam utama Najib iaitu Tan Sri Muhammed Shafee Abdullah berkata bukti yang ingin dikemuka adalah berkaitan dengan penemuan baru-baru ini bahawa hakim perbicaraan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada 2006 merupakan peguam am dan setiausaha syarikat bagi Kumpulan Maybank yang bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap pengurusan serta pentadbiran semua jabatan undang-undang dalam syarikat itu.

“Bukti lanjut yang ingin dikemukakan yang diambil secara kumulatif mengesahkan bahawa Hakim Nazlan telah terlibat dan/atau mempunyai pengetahuan mengenai peranan Maybank Investment dalam menasihati penubuhan SRC dalam memikul tanggungjawab beliau sebagai peguam am dan setiausaha syarikat Maybank.

“Hakim Nazlan, berdasarkan kedudukan beliau dan penugasan fungsinya, perlu bertanggungjawab bagi keseluruhan pengendalian semua perkara undang-undang dalam syarikat itu. Kumpulan Maybank adalah termasuk Maybank Investment dan Bina Fikir Sdn Bhd.

“Dalam apa jua keadaan, Hakim Nazlan akan memiliki pengetahuan sebenar mengenai tugas menasihati berhubung isu SRC atau sekurang-kurangnya beliau dianggap memiliki pengetahuan yang konstruktif berdasarkan jawatan beliau,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

Muhammad Shafee berkata beberapa dokumen yang baru-baru ini dibawa kepada perhatian mereka mendedahkan bahawa Maybank Investment Bank Bhd adalah badan yang bertanggunjawab mencadangkan penubuhan SRC International dan Maybank Investment melalui bahagian penasihat strategik milik penuhnya, Bina Fikir, telah ditugaskan melakukan penyelidikan dan perkara nasihat berkaitan penubuhan SRC.

“Penglibatan Maybank melalui Maybank Investment dan Bina Fikir dalam penubuhan SRC tidak pernah dibangkitkan oleh pendakwaan pada mana-mana peringkat perbicaraan kes itu dan tiada saksi daripada Maybank, Maybank Investment serta Bina Fikir Sdn Bhd dipanggil atau ditawarkan oleh pendakwaan,” katanya.

Pada 29 April lepas, Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 10 hari dalam bulan Ogos untuk mendengar rayuan terakhir Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib bagi kesalahan itu.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, sebulat suara menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020. - Bernama

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tidak Ada Kasino Kedua Akan Dibina - PM

oleh Wartawan The Vibes

Pendidikan 1 hari yang lalu

Bantah Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera, MPP UiTM Gerakkan Kempen

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 jam yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

Semasa 1 hari yang lalu

Lori Simen Jatuh Gaung, 3 Lelaki Orang Asli Maut