web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Kutuk Sekeras-Kerasnya Kenyataan Menghina Nabi Muhammad SAW

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2022 8:53PM

Wisma Putra telah memanggil Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia petang ini dan menyampaikan penyangkalan sepenuhnya terhadap kenyataan itu. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW oleh dua ahli politik India.

Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra), telah memanggil Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia petang ini dan menyampaikan penyangkalan sepenuhnya terhadap kenyataan itu.

“Malaysia mengalu-alukan keputusan parti pemerintah India untuk menggantung ahli parti terbabit berikutan kenyataan provokasi mereka yang telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam,” menurut kenyataan itu.

Malaysia turut menyeru India untuk bekerjasama dalam menamatkan Islamofobia dan menghentikan sebarang tindakan provokasi demi keamanan dan kestabilan sejagat.

Malaysia adalah antara negara terkini yang bersama mengutuk tindakan dua pegawai parti Bharatiya Janata (BJP) yang mengeluarkan komen berbaur penghinaan yang mencetuskan kemarahan banyak negara Islam.

Kementerian Luar Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam satu kenyataan “mengecam dan membantah komen yang disifatkan menghina Nabi Muhammad SAW.”

Oman, Indonesia, Jordan, Iraq, Maldives, Bahrain dan Turkiye adalah antara negara yang turut mengecam kenyataan itu.

“Indonesia mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW oleh dua ahli politik India.

“Bantahan itu telah dimaklumkan kepada Duta India di Jakarta,” menurut Kementerian Hal Ehwal Luar Indonesia.

BJP telah menggantung dua pemimpin parti itu yang didakwa mengeluarkan komen berbaur hasutan

Qatar pula telah meminta kerajaan India mengemukakan permohonan maaf.

Jawatankuasa Wakaf dan Parlimen Iraq dalam satu kenyataan menyatakan komen berbaur anti-Islam “boleh memberikan kesan serius dan jika tidak dibendung ia boleh membawa kepada akibat buruk, serta mencetuskan sengketa dan ketegangan”.

Kuwait, Qatar, Iran, Arab Saudi dan Pakistan adalah antara negara terawal membuat bantahan secara rasmi terhadap provokasi itu.

Sementara itu, Universiti Islam tertua, Al-Azhar menyatakan, komen menghina yang dituturkan menyerlahkan kejahilan mengenai Islam, sejarah dan kehidupan Nabi Muhammad SAW dan para rasulnya.

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pula menyifatkan tindakan pemimpin BJP itu sebagai sebahagian daripada Islamofobia.

Di Turkiye, jurucakap Parti Keadilan dan Pembangunan (AK Party) Ömer Çelik menyifatkan kenyataan itu sebagai penghinaan kepada semua umat Islam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakistan-India Diharap Mampu Cari Penyelesaian, Wujudkan Semula Keamanan - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tanah Jerlus: Operasi SAR Dihentikan, Kini Masuki Fasa 'Search And Recovery'

4

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar