web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Perlu Bertegas Kecam Pemimpin India Anti Islam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2022 4:43PM

Tunjuk perasaan diadakan bagi membantah kenyataan yang dikeluarkan jurucakap BJP, yang menghina Nabi Muhammad SAW di Karachi, India, semalam. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dasar dan sikap ‘anti Islam’ yang ditunjukkan pemimpin parti pemerintah India, Bharatiya Janata Party (BJP) sehingga tegar menghina Nabi Muhammad SAW sepatutnya dikecam seluruh dunia.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, kerajaan BJP itu juga harus diisytiharkan sebagai organisasi pencetus keganasan agama.

“ABIM memantau dasar dan sikap kerajaan BJP India yang semakin hari semakin terserlah sikap anti Islam mereka.

“Kami mengecam sekerasnya agenda keganasan dan ekstremisme BJP India itu,” katanya hari ini.

Muhammad Faisal berkata, terbaharu, pemimpin BJP secara terbuka menghina Rasulullah SAW.

“Sikap anti Islam ini bukan perkara baharu, tetapi ia lanjutan dari dasar perkauman sempit dan pemikiran ekstremis Hindu yang sebati dalam kalangan pemimpin BJP,” katanya.

Muhammad Faisal Abdul Aziz
Muhammad Faisal Abdul Aziz

Tegas beliau, dasar Citizenship Amendment Act (CAA) yang menarik semula kerakyatan umat Islam di wilayah Utara India, khususnya wilayah Assam pada 1955 adalah bukti sikap pelampau agama kerajaan BJP India yang sengaja ingin mencetuskan keganasan antara agama.

“Ia diikuti pembinaan kem tahanan di Assam untuk golongan ‘stateless’ atau tidak mempunyai negara, pengharaman pemakaian hijab di institut Pendidikan di wilayah Karnataka serta kekejaman berterusan kerajaan India ke atas umat Islam di wilayah Kashmir,” katanya.

Terdahulu, Pergerakan Pemuda Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dilaporkan mendesak Wisma Putra serta kerajaan menggerakkan tindakan diplomatik dalam kes melibatkan pemimpin BJP, Nupur Sharma yang menghina Rasulullah SAW dan isteri baginda.

Ketuanya, Abu Hafiz Salleh Hudin berkata, kegagalan kerajaan memberikan sebarang respon rasmi selepas beberapa hari isu terbabit meletus di peringkat antarabangsa adalah sangat mendukacitakan dan memalukan.

Jelasnya, Qatar, Kuwait dan Iran sudah menerbitkan nota bantahan diplomasi dan memanggil duta India untuk mendapatkan penjelasan.

“Kami mengutuk keras kenyataan Nupur Sharma dalam wawancara televisyen serta sokongan Naveen Kumar Jindal, pemimpin BJP Delhi terhadap penghinaan itu. Kontroversi tersebut boleh dijangka kerana Perdana Menteri, Narendra Modi terkenal dengan beberapa dasar dan kenyataan berterusan yang dilihat sangat anti Islam.

“Sungguhpun tindakan terhadap kedua-dua individu itu diambil, ia belum memuaskan hati banyak negara Islam kerana tidak bersifat punitif dan mencukupi,” katanya.

Berdasarkan artikel agensi berita antarabangsa, kerajaan India kini berusaha meredakan kemarahan dalam dan luar negara, sehingga tercetus tunjuk perasaan serta rusuhan di banyak tempat.

Setakat ini, dilaporkan sekurang-kurangnya 38 individu telah ditangkap sebagai sebahagian daripada usaha untuk meredakan ketegangan.

Idris Ahmad - Gambar fail
Idris Ahmad - Gambar fail

Sementara itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dilaporkan menasihati umat Islam agar tidak menghina agama lain sebagai menunjukkan tidak balas terhadap sikap dua pegawai pemerintah BJP yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Ujarnya, Islam berpegang kepada prinsip agama yang tidak membenarkan atau mengizinkan umatnya menghina kepercayaan kaum lain.

“Allah SWT telah berfirman supaya mana-mana umat berpegang kepada prinsip tidak menghina agama lain bagi mengelakkan Islam dipandang buruk.

“Saya sudah beritahu bahawa sikap ini tidak elok buat dan tidak sepatutnya berlaku pada mana-mana agama sekalipun. Islam tidak menghina orang, jadi kita harapkan orang lain juga tidak menghina agama Islam,” katanya pada satu program di sini hari ini.

Idris berkata, beliau turut menyarankan supaya umat Islam bertindak balas secara intelektual menerusi muzakarah dan wacana.

“Ini sepatutnya kita ada. Orang Islam ini ada juga perasaan. Jika mereka rasakan ia satu bentuk penghinaan kepada mereka, maka akan jadi perkara tidak elok.

“Jadi ini (menghina) sepatutnya tidak berlaku,” katanya. - Getaran, 7 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan