web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MacGyver Solo Ditahan, Curi 8 Kenderaan Selepas 6 Bulan Keluar Penjara

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2022 1:34PM

Muhammad Idzam memeriksa kenderaan yang dirampas oleh polis pada sidang media di sini, hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang bekas banduan yang dikenali sebagai ‘MacGyver’ solo ditahan apabila dikesan mencuri lapan kenderaan bagi kegunaan sendiri, enam bulan selepas dibebaskan dari Penjara Kajang.

Suspek berusia 46 tahun itu ditahan di Flat Sri Sabah, Cheras di sini petang kelmarin.

Muhammad Idzam Jaafar - Gambar oleh Syeda Imran
Muhammad Idzam Jaafar - Gambar oleh Syeda Imran

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, modus operandi suspek adalah mencuri kenderaan lama bagi kegunaannya sendiri di daerah Cheras, Pudu, Petaling dan Teluk Intan.

Menurutnya, suspek mula aktif mencuri kenderaan sejak enam bulan lalu selepas menjalani hukuman penjara selama setahun di Penjara Kajang atas kesalahan sama.

“Siasatan mendapati suspek akan mencuri kenderaan lama yang diparkir di luar kawasan perumahan seperti pangsapuri untuk kegunaannya sendiri.

“Suspek akan meninggalkan kenderaan tersebut di tepi jalan apabila minyaknya habis namun akan mengambil alat ganti seperti bateri dan sebagainya untuk dijual,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Suspek dikesan mencuri 8 kenderaan bagi kegunaan sendiri, 6 bulan selepas dibebaskan dari Penjara Kajang. - Gambar oleh Syeda Imran
Suspek dikesan mencuri 8 kenderaan bagi kegunaan sendiri, 6 bulan selepas dibebaskan dari Penjara Kajang. - Gambar oleh Syeda Imran

Muhammad Idzam berkata, polis bagaimanapun berjaya mendapatkan semula lapan kenderaan dicuri suspek iaitu empat PROTON Iswara, dua PROTON Saga, sebuah Nissan Bennet dan sebuah PROTON Wira.

“Suspek telah menunjukkan kesemua lokasi kenderaan tersebut ditinggalkan.

“Dia turut dikesan mensasarkan kenderaan lama kerana mudah untuk dicuri berikutan ciri-ciri keselamatan yang sudah ketinggalan zaman,” katanya.

Beliau memberitahu, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek juga positif dadah jenis Methamphetamine.

“Suspek juga memiliki tujuh rekod lampau melibatkan kes curi kenderaan dan enam rekod di bawah Akta Dadah Berbahaya,” katanya. - Getaran, 7 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan