web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Umat Islam Dinasihat Tidak Sertai Festival Bon Odori

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2022 8:30AM

Idris Ahmad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI BESAR - Umat Islam dinasihatkan supaya tidak menyertai Festival Bon Odori yang akan berlangsung pada 16 Julai ini kerana didapati mempunyai unsur-unsur keagamaan lain.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata kajian yang dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati festival itu memang ada unsur-unsur keagamaan.

“Jadi kami nasihatkan orang Islam tidak menyertainya atau apa-apa juga program yang membabitkan soal agama serta akidah,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Projek Kompleks Pendidikan Yayasan Pendidikan Islam Selangor (Yapis) di sini, semalam. 

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai penganjuran festival tahunan Bon Odori iaitu perayaan Buddha Jepun bagi menghormati semangat nenek moyang mereka yang dijangka diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic).

Poster promosi penganjuran festival itu juga memaparkan imej anime wanita berhijab yang memakai kimono dan ia mendapat reaksi negatif di media sosial terutamanya dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai isu pendedahan loji penyembelihan di Australia, Idris berkata lelaki dikenali di media sosial sebagai ‘The Hood Man' (Abdullah) yang cuba dijejaki sebelum ini, telah dapat dihubungi dan semua maklumat yang diberi individu itu akan dijadikan bahan untuk tindakan seterusnya.  

“Setakat ini syarikat yang terlibat telah digantung dan kita harap beliau tidak apa-apa (selepas pendedahan tersebut). Kita bersyukur dan patut menerima pendedahan sebegitu. 

“Saya yakin di Australia tidak ada masalah bagi pendedahan sebegitu kerana negara itu mementingkan soal kepenggunaan,” katanya. 

JAKIM sebelum ini cuba mengesan ‘The Hood Man' (Abdullah) bagi membantu siasatan terhadap loji penyembelihan Thomas Foods International (TFI) Lobethal, Australia, yang didakwa lelaki itu sebagai tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia.

JAKIM juga sudah menggantung operasi kira-kira 16 pusat loji sembelihan TFI Lobethal, Australia, sehingga hasil siasatan menyeluruh diperoleh. - Bernama

Sorotan

1

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

2

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

3

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

4

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

5

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

6

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran