web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tengku Zafrul Umum Pembinaan Stesen ECRL Puncak Alam Diluluskan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2022 8:34AM

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (tengah) berswafoto bersama tetamu yang hadir ketika Majlis Kenduri Rakyat Kuala Selangor di Dataran Eco Grandeur Puncak Alam semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUNCAK ALAM - Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam mengumumkan kelulusan bagi pembinaan stesen Jajaran Utara Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Puncak Alam.

“Tempoh hari saya ada berjumpa dengan gabungan pengerusi-pengerusi penduduk di Puncak Alam.

“Mereka ada menyuarakan hasrat warga Puncak Alam untuk membina stesen ECRL di Puncak Alam.

“Oleh yang demikian, saya telah mohon pihak berkaitan untuk memberi pertimbangan rapi terhadap permintaan stesen ECRL ini, dan Alhamdulillah ianya telah diluluskan dan insya-Allah akan ada stesen ECRL di Puncak Alam ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Kenduri Rakyat Kuala Selangor di sini malam tadi.

Beliau berkata bagi pembinaan stesen ECRL yang lain, pengumuman akan dibuat pada waktu yang sesuai.

Pada masa yang sama, Tengku Zafrul juga mengumumkan hasratnya menjadikan Kuala Selangor sebagai Daerah Angkat Kementerian Kewangan, bagi merealisasikan kemajuan daerah itu semaksimum mungkin ke hadapan.

“Saya secara peribadi sememangnya sedikit sentimental dengan daerah Kuala Selangor ini. Memang banyak potensi tempatan yang boleh dikembangkan dan diketengahkan,” katanya.

Bercakap kepada media, beliau berkata bagaimanapun semua kementerian serta agensi kerajaan akan terus memberi bantuan kepada semua sektor dan kawasan ekonomi di negara ini termasuklah di Kuala Selangor.

Mengenai program lawatannya yang dikatakan selalu dibuat di Kuala Selangor, Tengku Zafrul menjelaskan bahawa beliau melakukan lawatan di pelbagai kawasan seluruh negara dan tidak hanya tertumpu di daerah itu sahaja.

“Apabila anda harus membuat sesuatu dasar, adalah penting untuk kita memahami keadaan di bawah, oleh kerana itu saya telah menjelajah ke seluruh pelusuk Malaysia dan isu yang paling utama sekarang adalah memastikan usaha pemulihan ekonomi terus bergerak di landasan yang telah ditetapkan,” katanya.

Ditanya adakah beliau mungkin bertanding di Kuala Selangor untuk Pilihan Raya Umum Ke-15, beliau berkata buat masa ini fokusnya adalah di Kementerian Kewangan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Pernah 'Tahan' Peruntukan Kepada Negeri-Negeri, Termasuk Terengganu - PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

LKAN: PM Arah LTAT, FELDA Kemukakan Laporan Penuh

3

Semasa 2 tahun yang lalu

GLC, GLIC Disaran Kurangkan Pelaburan Di Luar Negara - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Mahu Laporan Teliti Berhubung Masalah Bekalan Air Berlarutan Di UMS

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran