web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong Zahir Tahniah Sempena Jubli Platinum Ratu Elizabeth II

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2022 8:12PM

Gambar dari Facebook Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan tahniah kepada Ratu Great Britain, Ratu Elizabeth II, atas sambutan Jubli Platinum.

Sambutan bermula pada Khamis lalu itu adalah bersempena ulang tahun ke-70 Ratu Elizabeth II bersemayam di atas takhta kerajaan Great Britain.

Menerusi hantaran kenyataan dimuat naik di Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa suka cita atas sambutan bersejarah itu dan keadaan Ratu Elizabeth II yang dikurniakan kesihatan baik serta usia panjang, menjadikan baginda ratu paling lama memerintah dalam sejarah Britain.

“Al-Sultan Abdullah menyifatkan Ratu Elizabeth II sebagai pemerintah prihatin terhadap kebajikan rakyat dan berdedikasi berkhidmat kepada rakyat Britain serta Komanwel.

“Baginda turut mendoakan semoga Ratu Elizabeth II dikurniakan keafiatan berpanjangan, kebijaksanaan dan kekuatan untuk terus bersemayam di atas takhta kerajaan Great Britain.

“Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan harapan semoga hubungan dua hala sedia ada yang rapat serta mesra antara Malaysia dan Britain terus dipertingkatkan, khususnya dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan,” katanya.

Menerusi kenyataan sama, diimbas kenangan hubungan mesra antara kedua-dua negara dan pemimpinnya, termasuk Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada 13 Disember 2019 berkenan berangkat membuat kunjungan hormat serta menghadiri majlis santapan tengah hari bersama Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, London.

Kunjungan hormat dan majlis santapan tengah hari itu bersempena Lawatan Khas tujuh hari baginda berdua ke England, bermula pada 9 Disember 2019.

Dalam lawatan itu, baginda berdua turut berkenan melawat Westminster Abbey yang menjadi antara tempat ibadat tersohor di United Kingdom dan lokasi pemahkotaan serta pengebumian tradisional untuk raja Inggeris.

“Selain itu, terdahulu pada 10 September 2019, baginda berdua berkenan menerima menghadap Earl of Wessex, Putera Edward di Istana Negara sempena lawatan dua hari baginda ke Malaysia untuk menghadiri Persidangan Serantau Asia Pasifik Duke of Edinburgh International Award dalam kapasitinya selaku pemegang amanah Yayasan Duke of Edinburgh’s International Award.

“Ratu Elizabeth II, sepanjang pemerintahan Baginda, sudah melawat Malaysia pada tahun 1972 atas lawatan khas, selain menghadiri Mesyuarat Ketua Negara Komanwel ke-11 (1989) dan Temasya Sukan Komanwel ke-16 (1998),” katanya.

Menurut kenyataan itu, selain Ratu Elizabeth II dan Earl of Wessex, kerabat Diraja Britain yang mengadakan lawatan ke Malaysia adalah pasangan Diraja Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Catherine pada tahun 2012 serta pasangan Diraja Prince of Wales dan Duchess of Cornwall, Putera Charles dan Camilla pada tahun 2017.

“Pasangan Diraja Duke dan Duchess of Cambridge pada tahun 2012 mengadakan lawatan dua hari ke Sabah, mewakili Ratu Elizabeth II sempena sambutan ulang tahun ke-60 pemerintahan baginda.

“Manakala, pasangan Diraja Prince of Wales dan Duchess of Cornwall mengadakan lawatan tujuh hari ke Malaysia pada tahun 2017, sempena sambutan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala antara Malaysia dan United Kingdom (UK),” katanya. – Getaran, 5 Jun 2022

Sorotan

1

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

2

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

3

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

4

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

5

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

6

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 45 minit yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad