Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jangan Main Hentam, Baca Dulu MOU Kerajaan Pembangkang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2022 6:21PM

MoU yang dimeterai kerajaan dengan PH merangkumi 6 perkara, termasuk Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen itu telah ditandatangani pada 13 September tahun lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil digesa membaca terlebih dahulu kandungan memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik sebelum membuat sebarang kenyataan mengenainya.

Mantan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, Isham sepatutnya tidak terburu-buru membuat kenyataan mengenai perkara itu dengan menjadikan ketuanya, Tan Sri Annuar Musa sebagai objek serangan.

Tun Faisal Ismail Aziz - Gambar fail
Tun Faisal Ismail Aziz - Gambar fail

"Suka saya ingatkan Isham bahawa Tan Sri Annuar Musa antara Ahli Parlimen dan pemimpin BN yang terlibat bersama sejumlah pemimpin lain merangka draf dan memuktamadkan kandungan MOU ini, sedangkan Isham langsung tidak mengetahui apa sedang berlaku ketika itu.

''Annuar juga terlibat menandatangani MOU tersebut mewakili Ahli Parlimen BN, bukan Isham. Saya tak fikir dia tahu MOU itu adalah antara kerajaan dengan pembangkang, dan bukan antara UMNO dengan parti-parti lain," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Terdahulu Isham mempersoalkan mengapa Annuar kelihatan seolah-olah mengulangi DAP dalam komennya mengenai persefahaman politik antara kerajaan Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sudah memutuskan untuk tidak menyokong pelanjutan perjanjian politik dalam bentuk memorandum persefahaman (MoU) selepas 31 Julai, dengan Perdana Menteri sebelum ini menyatakan kerajaan akan turut mengambil keputusan sama.

Isham Jalil - Gambar fail
Isham Jalil - Gambar fail

Isham turut mendakwa kononnya Annuar adalah antara anggota BN yang tidak mahu pilihan raya umum akan datang (PRU15) diadakan dalam masa terdekat disebabkan masih mahu berpaut pada jawatan Menteri.

Tun Faisal yang juga Setiausaha Akhbar Annuar berkata, tindakan Isham dilihat mampu dijadikan bahan ketawa pelbagai pihak, khususnya pembangkang apabila cuba mengulas perkara itu walaupun tidak mengetahui isi kandungan MoU. 

"Memandangkan MOU ini telah dipaparkan secara telus kepada semua rakyat, agak menggelikan hati apabila Isham, selaku Ketua Penerangan BN Selangor tidak mengetahuinya.

 "Google sajalah.  Bagaimana dia mampu menjelaskan dengan tepat kandungan MOU ini kepada semua ahli BN Selangor jika dia sendiri tidak mengetahui dan memahami kandungannya? 

"Ketam tidak mungkin boleh mengajar anak-anaknya berjalan dengan betul, apalagi jika di bawah tempurung," katanya. 

Mengulas lanjut mengenai MOU yang dimuktamadkan itu, Tun Faisal memaklumkan, Perkara 2.1 menyatakan dengan jelas bahawa MoU berkenaan hendaklah berkuat kuasa dari tarikh Perjanjian ditandatangani dan hendaklah terpakai sehingga pembubaran Parlimen Malaysia ke-14.

Maka, tegasnya, tindakan dilakukan  Annuar yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu wajar  bagi membetulkan salah faham kononnya MOU ini akan berakhir pada 31 Julai 2022.

"Jika Isham rajin sedikit untuk mencari maklumat, dia akan tahu bahawa disebut pada Perkara 3.1 iaitu kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Julai depan. Sekali lagi Annuar betul apabila menjelaskan perkara ini di dalam sidang medianya di Kota Kinabalu, Sabah.

"Setiap pemimpin parti, kerajaan atau pembangkang menandatangani MOU ini dan pegawai mereka yang terlibat meneliti memorandum itu sudah tentu mengetahui apa disebut oleh Annuar adalah tepat. 

"Justeru, tidak timbul isu BN ikut cakap DAP atau PAS ikut cakap BN. Mereka tahu apa yang mereka tandatangan. Isham, di dalam kepompongnya mungkin tidak tahu," katanya. 

Terdahulu, Annuar berkata, tiada tarikh tamat bagi MoU antara kerajaan dan PH, dan kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sebelum 31 Julai ini.

Anthony Loke Siew Fook yang juga Setiausaha Agung DAP, sebelum ini berkata, 31 Julai tidak boleh dianggap sebagai tarikh akhir kerana kerajaan boleh mengambil masa tambahan untuk melaksanakan pembaharuan yang dipersetujui dalam MoU itu. - Getaran, 5 Jun 2022.

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Selesai Di Kedah, PM Meriahkan Pula Rumah Terbuka Aidilfitri Pulau Pinang

Semasa 1 hari yang lalu

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mampu Dilaksana Menerusi Kawalan Pengurusan Kewangan Kerajaan - PM

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

Semasa 1 hari yang lalu

Kenaikan Gaji Untuk Hargai Penjawat Awam Termasuk Bomba - PM