Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tak Mustahil Terowong Pintar Kedua Dibina - Mahadi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2022 4:45PM

DBKL masih menjalankan kajian terperinci berhubung pembinaan Terowong SMART kedua bagi mengatasi masalah banjir kilat yang semakin teruk di Kuala Lumpur. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah seolah-olah tidak menolak dakwaan Terowong SMART kedua akan dibina bagi mengatasi isu banjir yang semakin teruk di Lembah Klang.

Beliau berkata, sudah tentu perbincangan mengenai inisiatif tersebut telah dibincangkan antara Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Bagaimanapun katanya, kajian terperinci masih dilaksanakan DBKL bagi memastikan terdapat keperluan membina sebuah lagi terowong untuk menampung lebihan air sekiranya berlaku banjir di Kuala Lumpur.

Mahadi Che Ngah
Mahadi Che Ngah

“Kita sangat rapat dengan JPS, maka cadangan itu sudah tentu memberi pilihan bagi DBKL untuk mencari format serta idea terbaik dalam mengatasi banjir. Kedua-dua agensi ada timbal balas dari segi mengendali banjir. Kita tak boleh buat perseorangan, kena kerjasama. Namun, kajian yang dilakukan merupakan inisiatif kita sendiri sebab nak segera dapatkan penyelesaian.

“Perkara ini kena bincang secara dalaman dengan JPS kerana perlu ada skop kerja yang betul untuk diserahkan kepada konsultan. Sudah tentu JPS mempunyai idea kerana bidang keutamaan mereka uruskan banjir dan sungai. Walaupun konsultant belum dilantik namun perkara itu diberi keutamaan oleh DBKL,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Hari Alam Sekitar Sedunia yang telah disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Taman Tugu, di sini, hari ini.

JPS sebelum ini ada menerima beberapa cadangan daripada syarikat swasta untuk membina Terowong SMART kedua di Lembah Klang bagi mengatasi isu banjir yang semakin teruk.

Pengarah Bahagian Pengurusan Banjir JPS, Rozman Mohamad berkata,  pihaknya terbuka dengan cadangan itu memandangkan pelbagai sistem tebatan banjir dan kolam takungan sedia ada, tidak dapat mengatasi isu banjir.

Ketika ini, katanya, kerajaan sedang mempertimbangkan faedah kos cadangan itu kerana ia dijangka membabitkan belanja yang amat tinggi, memandangkan terowong kedua dicadangkan adalah lebih panjang berbanding Terowong SMART di ibu negara.

Dalam pada itu, Mahadi berkata, DBKL sedang melaksanakan kajian terperinci bagi mengkaji kebolehsanaan (feasibility study) untuk meneliti lokasi dan spesifikasi terowong simpanan air hujan bawah tanah serta menerusi kolam takungan yang akan disiapkan dalam tempoh tiga bulan.

Menurutnya, pihaknya akan melantik perunding pada kadar segera selepas mengadakan perbincangan bersama JPS dan cadangan terbabit merupakan pelan jangka panjang mengatasi isu banjir kilat di ibu negara sebagai persiapan bagi menghadapi cuaca iklim yang ekstrem.

“Kita sudah ada (inisiatif) Smart Tunnel namun ia lebih kepada simpanan air dibawa ke tasik besar di Taman Desa dan dalam masa sama, ruang simpanan air ini berkongsi dengan trafik dan kenderaan pengguna jalan raya. Sekarang ini, kita nak cari satu tempat sebab negara terima taburan hujan lebih banyak kerana cuaca ekstrem dan 10 tahun lagi dikatakan akan lebih teruk. Oleh itu, kena ada permanent solution.

“Selepas melantik perunding, kita akan beri masa pada mereka untuk lakukan kerja selama tiga bulan kerana kita tahu (walaupun) tak mudah untuk dilaksanakan dalam tempoh tersebut, kita cuba terlebih dahulu. Kalau tidak berjaya, kita akan tanya kepadanya berapa lama masa diperlukan,” katanya.

Mahadi menarik perhatian, DBKL juga akan membina tembok penahan banjir (flood wall) di kawasan berisiko berlaku limpahan sungai seperti yang dilaksanakan di Jepun.

“Tembok ini akan dibina segera dan spesifikasinya akan disediakan berdasarkan kerjasama dengan JPS. Lokasi yang sesuai sedang kita usaha secara bersama.

“Pada masa sama, kita juga akan mendalamkan longkang dan beberapa sungai yang telah dikenalpasti di kawasan panas banjir. Saya yakin ada kelegaan dari segi menangani banjir pada masa akan datang,” katanya.

Beliau turut menyambut baik hasrat kerajaan untuk menggunakan kaedah yang dipraktikkan di Jepun bagi mengatasi masalah banjir kilat di Kuala Lumpur.

“Dalam konteks tersebut, kita telah membuat beberapa kajian dan ada beberapa perkara yang wajar ditambah baik dari segi tindakan tembatan banjir, contoh menambah fasa simpanan air dan kalau ketiadaan ruang, ada keperluan bina tasik atau kolam. 

“Pilihan-pilihan lain boleh kita lihat seperti simpanan air bawah tanah tadi yang telah pun dilaksanakan di Bandar Tokyo serta Itabashi di Jepun namun semua ini memerlukan kajian. Saya yakin ia mampu dibuat termasuk mencari segala data dan spesifikasi sempurna mahupun lokasi betul. Perkara ini tidak mampu dilakukan tanpa kajian,” katanya. - Getaran, 5 Jun 2022.

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

Semasa 19 jam yang lalu

‘Cakap Elok-Elok, Selesai Semua Masalah’ - PM Cuit Sanusi

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Kenaikan Gaji Untuk Hargai Penjawat Awam Termasuk Bomba - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Kedah Mahu 'All Out' Promosi Harumanis D'Aman

oleh Rafisqi Radhi