web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cemburu, Mungkin Motif Wanita Hamil 7 Bulan Ditembak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2022 4:24PM

Muhamad Zaki Harun - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MACHANG - Polis mengesyaki cemburu antara motif seorang wanita hamil ditemukan mati dengan kesan tembakan pada perut di dalam sebuah kereta di tepi jalan Kampung Repek, Pasir Mas, dekat sini petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata bagaimanapun polis akan melakukan siasatan menyeluruh dalam kes tersebut bagi menentukan motif sebenar.

Muhamad Zaki berkata mangsa kemungkinan ditembak menggunakan pistol separa automatik .38 berikutan penemuan kelongsong peluru.

"Polis akan melakukan siasatan secara menyeluruh walaupun ada pelbagai motif yang diperkatakan.

"Selain itu polis juga akan mendapatkan keterangan daripada saksi-saksi agar apa yang kita jangkakan itu adalah tepat. Pada masa sama polis juga meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga selesai siasatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Machang di IPD Machang di sini, hari ini yang menyaksikan Ketua Polis Daerah Machang Supt Mohd Rosli Mat menyerahkan jawatan kepada pemangkunya DSP Mohd Zahir Abdullah.

Semalam, Emirah Mazlan, 26, ibu kepada tiga orang anak berusia antara tiga hingga 10 tahun ditemukan mati dengan kesan tembakan di bahagian perut dan akibat tembakan tersebut, bayi di dalam kandungan mangsa yang berusia tujuh bulan turut meninggal dunia.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata polis juga sedang menyiasat kemungkinan mangsa ditembak di lokasi lain sebelum memandu kereta ke lokasi mayatnya ditemukan kerana jarak rumahnya adalah sejauh 15 kilometer.

Beliau berkata susulan kejadian itu seorang lelaki berusia 40 tahun yang mempunyai hubungan dengan mangsa ditahan reman sehingga 9 Jun bagi membantu siasatan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad