Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tun M Obses Salahkan Anwar Hingga Sudah Jadi Jenaka Berkala

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2022 10:43AM

Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aktivis sosial, Adam Adli Abdul Halim menempelak Tun Dr Mahathir Mohamed yang menyalahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya menjadi punca peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menerusi ciapan di Twitter, beliau yang mengungguli undi bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada Pemilihan PKR, baru-baru ini, menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Langkawi itu sebagai ‘jenaka berkala’.

Adam Adli - Gambar fail
Adam Adli - Gambar fail

Malah, beliau berkata, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) sewajarnya berhenti daripada menuding jari kepada Anwar kerana masyarakat sudah lali dengan sikap terbabit.

“Jujurlah, rasanya kita dah hampir lali dengan obsesi Tun M (Mahathir) untuk menyalahkan Anwar dalam semua hal. Sudah jadi jenaka berkala. 

“Yang meruntuhkan PH akhirnya adalah orang yang beliau angkat, bukan Anwar. Cukup lah ya? Orang lain ada banyak kerja nak buat,” ciapnya.

Anwar Ibrahim - Gambar fail
Anwar Ibrahim - Gambar fail

Semalam, menerusi laporan media, Dr Mahathir ketika diwawancara sebuah akhbar berkata, beliau masih lagi Perdana Menteri sekiranya bukan kerana langkah tertentu dibuat Ahli Parlimen Port Dickson itu.

Katanya, selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari 2020, Yang di-Pertuan Agong perlu memutuskan Ahli Parlimen yang memperoleh sokongan majoriti Dewan Rakyat.

“Kalau tak sebab dia (Anwar), saya hari ini jadi Perdana Menteri. Pasal bila saya letak jawatan, Agong mahu setiap 220 Ahli Parlimen tulis siapa mereka pilih. Saya fikir PH akan letak nama sayalah, pasal saya daripada PH.

“Tetapi Anwar kata dia ada banyak sokongan, tapi dia orang (PH) bagi kepada Anwar 92 undi, saya dapat 62, bukan daripada PH, daripada parti lain orang lain saya tak tahu siapa,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, netizen memberikan pelbagai komen, malah ada yang bersetuju dengan kenyataan Adam itu.

“Saya bukan penyokong Anwar, tetapi tok (Mahathir) yang meletakkan jawatan, tak ada siapa minta dia buat demikian, seperti awak yang pergi sendiri kemudian letak jawatan hmm,” ciap @liyanamalek_

“Tiada siapa yang peduli. Langsung tak. Kami hanya fikir bagaimana nak teruskan hidup esok, bulan depan atau tahun seterusnya. Anda berdua sepatutnya bersara,” komen @pragmalaya

“Yang runtuhkan PH adalah Mahathir @chedetofficial pun kerana dia sengaja letak jawatan atas alasan hilang majoriti pada 23/24 Februari untuk memberi laluan kepada kerajaan Rekonsiliasi Mahathir disokong oleh Sheraton, tapi pentaksub Mahathir takkan mengaku bab ni,” tulis @haramkahDaily

“Lagi banyak kita bicara pasal kegilaan Mahathir lagi nak termuntah dibuatnya, kita kena gerak ke arah yang lebih jelas iaitu kembalikan maruah negara,” coret @rossalmah1

“Tun tidak sepatutnya meletakkan jawatan, sebaliknya hanya rombak Kabinet, apa yang sudah, sudahlah, mari lupakan perkara lepas - Getaran, 4 Jun 2022

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

Politik 23 jam yang lalu

Undi Pemilih India, Orang Asli Penentu Keputusan PRK KKB - Penganalisis

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Pekerjaan Hijau Kurangkan Pengangguran, Pelihara Alam Sekitar