web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


21 PKRC Di Kelantan Ditutup Secara Rasmi - Dr Zaini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2022 9:59AM

Semua 21 Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Kelantan telah ditutup secara rasmi pada 31 Mei lepas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Semua 21 Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di negeri ini ditutup secara rasmi pada 31 Mei lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin.

Beliau berkata bagaimanapun tiga PKRC di fasiliti kesihatan di Hospital Pasir Mas, Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) masih dikekalkan dan diletakkan dalam mod sedia.

Katanya, tindakan penutupan PKRC terlibat dilakukan selepas pihaknya mengambil kira negara telah berada pada fasa peralihan ke endemik selain kes harian COVID-19 di Kelantan juga hanya merekodkan sekitar dua digit, sejak sebulan lalu.

“Setakat ini PKRC awam telah ditutup dan hanya tiga PKRC di fasiliti kesihatan sahaja masih dikekalkan itu pun tiada pesakit. Ia akan digunakan semula sekiranya berlaku peningkatan pesakit COVID-19.

“Namun setakat ini, kami menjangkakan tidak akan berlaku peningkatan mendadak daripada kes COVID-19. Malah, selepas Hari Raya Aidilfitri lalu juga tidak menunjukkan peningkatan mendadak, hanya bawah 20 kes baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bersama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) , di sini malam tadi, yang turut dihadiri Pengarah PKRC Kelantan Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir.

Majlis tersebut diadakan bagi meraikan 56 petugas kesihatan awam, swasta, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan petugas di Jabatan Penjara Kelantan bagi menghargai jasa mereka yang membantu sepanjang pembukaan PKRC di Kelantan sebelum ini.

Mengulas mengenai perkembangan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) Dr Zaini berkata setakat ini Kelantan merekodkan kes kumulatif sebanyak 5,500 kes.

“Setakat beberapa hari ini trend kes HFMD menunjukkan hanya trend mendatar dan tidak meningkat. Semalam kami merekodkan sekitar 100 kes sehari dan setakat ini lima taska masih ditutup membabitkan kawasan Kota Bharu dan Tanah Merah.

“Dari segi pemantauan setakat ini kami lihat kes-kes ini tidak serius dan hanya menunjukkan gejala ringan serta tiada kes yang memgalami komplikasi teruk atau memerlukan rawatan insentif,” katanya.

Ujar beliau lagi, JKNK juga ingin menasihatkan ibu bapa, terutamanya yang mempunyai anak kecil supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan sentiasa menjaga kebersihan bagi membendung penularan kes HFMD di negeri ini daripada terus meningkat. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek