Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pekeliling Tidak Jelas, Keliru! Wujudkan Undang-Undang Khas Pemerkasaan Bahasa Melayu

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 6:00PM

Dr Teo Kok Seong - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan tegas hanya boleh dikenakan terhadap mana-mana penjawat awam yang mengambil mudah penggunaan bahasa Melayu bagi urusan dalam negara berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020.

Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, bagaimanapun langkah itu tidak seharusnya membabitkan urusan rasmi di peringkat antarabangsa.

Katanya, berdasarkan pekeliling tersebut (pemerkasaan penggunaan bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan awam), urusan rasmi antarabangsa tidak mewajibkan penggunaan bahasa Melayu.

“Saya rasa ada sedikit kekeliruan dalam memberi arahan bahawa untuk urusan rasmi luar negara seolah-olah mewajibkan penggunaan bahasa Melayu, sedangkan arahan pada pekeliling jelas sekali menyebut bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

“Malah semua dokumen perjanjian agensi kerajaan pada peringkat antarabangsa, hendaklah menggunakan bahasa Inggeris dan terjemahan boleh disediakan.

“Urusan melibatkan kehadiran bukan warganegara Malaysia pula boleh menggunakan kedua-dua bahasa itu,” katanya kepada Getaran.

Menurut beliau, sekiranya tindakan dikenakan bagi urusan rasmi di peringkat antarabangsa, ia tidak selari dengan pekeliling bertarikh 15 Januari 2020 dikeluarkan itu.

“Jadi penggunaan kedua-dua bahasa itu adalah pilihan. Jika tindakan diambil terhadap penjawat awam bagi urusan rasmi di luar negara, ia tidak selari dengan pekeliling tersebut.

“Sekiranya nak diambil tindakan, maka pekeliling itu perlu diubah. Namun tindakan boleh diambil bagi urusan rasmi dalam negara kerana jelas di situ menyebut penggunaan bahasa kebangsaan,” katanya.

Susulan itu, beliau mencadangkan agar kerajaan mewujudkan undang-undang khusus bagi mewajibkan pemimpin dan penjawat awam berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan bagi urusan kenegaraan.

Katanya, menerusi langkah itu tindakan sewajarnya boleh dikenakan terhadap mereka yang ingkar arahan tersebut.

“Buat masa ini kita belum ada perundangan khusus. Ia hanyalah satu keazaman politik oleh pemimpin tertinggi kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu di dalam dan luar negara. Jadi mungkin kerajaan boleh mempertimbangkan perkara itu sebagaimana dilakukan di Indonesia.

“Di sana memang ada undang-undang jelas tentang hal tersebut. Ia dikenali sebagai Undang-Undang Republik Indonesia Nomor 24 Tahun 2009.

“Maknanya ada keperluan perundangan untuk pemimpin Indonesia menggunakan bahasa Indonesia di peringkat antarabangsa mahupun urusan dalam negara,” katanya.

Terdahulu, mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tan Sri Rafidah Aziz membidas tindakan kerajaan berhubung penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan penjawat awam, termasuk membabitkan urusan rasmi di peringkat antarabangsa.

Katanya, kerajaan sepatutnya meningkatkan tahap kemahiran kakitangan awam dalam penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa lain yang berkaitan.

Kenyataan tersebut sebagai merujuk kepada gesaan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali supaya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempertimbangkan langkah punitif bagi menguatkuasakan penggunaan bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam dan agensi kerajaan lain, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC). - Getaran, 3 Jun 2022

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Insiden Letupan Di Narathiwat: 2 Rakyat Malaysia Cedera - Wisma Putra

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

oleh Diyana Nawwar