Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kuota Majikan Yang Potong Gaji Pekerja Asing Akan Ditamatkan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 4:07PM

M. Saravanan melancarkan Kempen Mencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk Sukarelawan ATM, PDRM, APMM, APM, RELA, JAKIM dan JKM di Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menamatkan kuota majikan yang memotong gaji pekerja asingnya bagi menampung kos membawa masuk mereka ke negara ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Beliau berkata mana-mana majikan yang membawa masuk pekerja asing perlu menanggung semua kos termasuk penginapan dan penerbangan iaitu sifar kos bagi pekerja asing.

Bagaimanapun, beliau berkata kementerian tidak boleh campur tangan dalam sebarang urusan yang melibatkan ejen di negara sumber.

“Majikan jangan mula-mula tanggung kos, selepas itu potong gaji pekerja. Jika ada aduan daripada pekerja melalui aplikasi digital Working For Workers' (WFW), kita akan tamatkan kuota mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Kempen Mencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk Sukarelawan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini hari ini.

Sementara itu, Saravanan menafikan dakwaan kononnya terdapat protes oleh agensi pekerjaan di Bangladesh ketika mengetuai delegasi kementerian itu bagi mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama (JWG) Malaysia-Bangladesh di Dhaka semalam.

Sebaliknya, Saravanan berkata ketibaan beliau disambut baik dan berjaya mengadakan perbincangan yang membuahkan hasil mengenai kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini.

“Saya berjumpa dengan empat menteri Bangladesh termasuk Perdana Menteri Sheikh Hasina dan secara dasar kami bersetuju untuk membawa masuk pekerja Bangladesh untuk beberapa sektor seperti perladangan, pertanian, pembuatan dan pembangunan,” katanya.

Saravanan juga bertemu rakan sejawatannya, Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh Imran Ahmed pada mesyuarat JWG itu.

Semalam, media melaporkan Persatuan Agensi Pengambilan Pekerja Antarabangsa Bangladesh (Baira) mengadakan protes terhadap pendirian Malaysia yang hanya membenarkan 25 Ejen Pengambilan Bangladesh (BRA).

Saravanan berkata Malaysia masih berpegang kepada pendirian membenarkan 25 BRA dalam pengambilan pekerja baharu ke negara ini dan kementerian itu telah menubuhkan jawatankuasa untuk meneliti dan memperhalusi 1,520 permohonan ejen negara berkenaan, sekali gus memilih 25 BRA.

Mengenai kelewatan kemasukan tenaga kerja Indonesia ke Malaysia, Saravanan menjelaskan kemasukan mereka yang sepatutnya pada 31 Mei lepas terpaksa ditunda kerana menteri yang bertanggungjawab di Indonesia mempunyai urusan lain. - Bernama

Sorotan

1

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

2

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

3

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

4

PM Doakan Faisal Halim Segera Sembuh Dan Kembali Teruskan Perjuangan Bola Sepak

5

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama

6

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

7

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Guru Kreatif Bina Lorong Boling, Cungkil Bakat Muda Di Sekolah Pedalaman

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Seorang Maut, Seorang Cedera - Bomba

oleh Wartawan Getaran

Politik 53 minit yang lalu

Bangunkan Sektor Pelancongan Bagi Jana Pendapatan Penduduk Kuala Kubu Bahru 

oleh Diyana Nawwar

Sukan 8 jam yang lalu

PM Doakan Faisal Halim Segera Sembuh Dan Kembali Teruskan Perjuangan Bola Sepak