web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banteras Aktiviti Eksport Ayam, MAQIS Kawal Semua Pintu Keluar Malaysia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2022 9:06PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) akan melakukan kawalan secara fizikal di semua pintu keluar negara bagi memastikan tiada aktiviti mengeksport ayam dilakukan.

Jurucakap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berkata, langkah tersebut diambil selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 23 Mei lalu untuk menghentikan eksport ayam berkuat kuasa hari ini.

Justeru katanya, MAQIS akan memastikan tiada aktiviti pengeksportan komoditi tersebut melalui dua langkah.

“Kelulusan permit yang meliputi pengeksportan ayam hidup, karkas ayam bulat, keratan daging ayam dan produk makanan berasaskan ayam tidak lagi dikeluarkan.

“Semua kelulusan permit untuk membawa keluar komoditi tersebut mulai hari ini dibatalkan dan disekat,” katanya.

 Menurut jurucakap itu lagi, MAQIS akan membuat kawalan di pintu keluar negara oleh pegawai penguat kuasanya dan sebarang aktiviti untuk mengeksport komoditi berkenaan tidak dibenarkan.

“Konsainan eksport komoditi tersebut perlu diuruskan sewajarnya oleh pemilik permit,” katanya.

Menurutnya, jika terdapat perlanggaran, tindakan di bawah subseksyen 11(2) dan 11(3), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan 2011 [Akta 728] boleh diambil.

“Jika sabit kesalahan, denda boleh dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya.

“Manakala bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Sebarang persoalan mengenai larangan eksport komoditi ayam, boleh dikemukakan melalui emel kepada [email protected]. - Getaran, 1 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh

2

Semasa 3 tahun yang lalu

MAQIS Rampas 18 Tan Beras Tanpa Dokumen Import Dari Singapura

3

Semasa 3 tahun yang lalu

25,000 Kilogram Dada Ayam Diragui Status Halal Dirampas

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Tiada Permit Import, MAQIS Rampas 1 Tan Makanan Haiwan

Sorotan

1

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

2

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

3

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

4

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

5

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

6

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad