web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Sapura, Rafizi Akui Disaman

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2022 8:38PM

Rafizi Ramli - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengakui disaman susulan kenyataannya berhubung isu ‘bail out’ Sapura Energy Berhad oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Energy Berhad, Tan Sri Shahril Shamsuddin.

Menurut beliau, writ saman tersebut diterimanya sekitar jam 11.30 malam 11 Mei lalu ketika dalam sebuah majlis di Kuantan, Pahang.

“Writ itu adalah untuk mengesahkan bahawa Tetuan Zul Rafique & Partners, peguam kepada Shahril Shamsuddin telah memfailkan saman di mahkamah berhubung kenyataan saya susulan desakan (bekas Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak agar kerajaan menyuntik wang untuk menyelamatkan Sapura Energy.

“Saya telah mengambil pendirian untuk mempertahankan kenyataan saya di mahkamah kerana ia adalah untuk melindungi kepentingan awam,” katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya, hari ini.

Menurut pendahulu calon Timbalan Presiden PKR itu, beliau telah melalui 14 kes dari Mahkamah Sesyen hingga ke Mahkamah Persekutuan sejak tahun 2010, demi mempertahankan wang rakyat.

Katanya, sebahagian besar dari kes itu berkaitan skandal kewangan besar negara seperti National Feedlot Corporation (NFC), 1MDB, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

“Setakat ini, saya menang semua kes saman yang dibawa terhadap saya di mahkamah. Dalam proses mahkamah itu, rakyat dapat menilai sendiri butiran terperinci yang menjadi latar belakang setiap skandal kewangan tersebut,” katanya.

Bagi kes terbaharu ini, beliau berkata, dirinya akan diwakili oleh pasukan peguam diketuai oleh Ranjit Singh dari Tetuan Ranjit Singh & Yeoh.

Menurut beliau lagi, perbicaraan kes saman Shahril Shamsuddin adalah titik mula yang penting dalam usaha memastikan pelaburan rakyat melalui institusi awam seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP), Lembaga Tabung Haji (TH) dan lain-lain memenuhi mutu piawai urus tadbir ditetapkan.

“Dalam struktur ekonomi yang melibatkan banyak pelaburan dana rakyat besar di syarikat swasta senarai awam, kerangka urus tadbir pelaburan awam mestilah lebih ketat untuk mengelakkan dana simpanan rakyat kerugian apabila syarikat ini mengalami kerugian besar.

“Kebelakangan ini, pelaburan rakyat mengalami kerugian besar akibat masalah kewangan yang dihadapi oleh syarikat seperti Serba Dinamik Berhad dan Sapura Energy Berhad.

“Walaupun ia adalah syarikat swasta yang dikawal secara majoriti oleh pemegang saham individu, kerugian mendadak yang dialami telah menyebabkan kerugian besar kepada rakyat,” katanya. - Getaran, 1 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan