web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Kes Disyaki Cacar Monyet Sebenarnya Cacar Air, HFMD - Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2022 2:16PM

Keputusan ujian makmal mendapati  2 daripada 3 kes yang disyaki itu sebenarnya penyakit cacar air manakala bakinya ialah penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiga kes disyaki cacar monyet di negara ini tiada kaitan dengan jangkitan virus yang dikesan sudah menular di luar benua Afrika itu.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan ujian makmal mendapati dua daripada tiga kes yang disyaki itu sebenarnya penyakit cacar air manakala bakinya ialah penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

“Kemas kini segera mengenai cacar monyet: Kita sudah mendapat keputusan makmal daripada tiga kes disyaki. Dua disahkan cacar air. Satu HFMD,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Khairy Jamaluddin - Gambar fail
Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Terdahulu, Khairy berkata, Malaysia sudah bersedia menghadapi kemungkinan penularan kes cacar monyet dengan pelan strategik dan langkah kesihatan sewajarnya.

Ini termasuklah tatacara pengesanan, ujian sampel, siasatan, pengurusan kes serta kontak rapat serta langkah pencegahan dan kawalan bermula di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) negara.

Pada masa sama, ciri baharu MySejahtera akan mula digunakan membabitkan pengembara dari negara endemik cacar monyet dan negara bukan endemik, yang bakal menerima pop-up amaran kesihatan sebaik menjejakkan kaki di Malaysia.

Pengembara ini akan diingatkan untuk memantau simptom berkaitan selama 21 hari kerana tempoh inkubasi cacar monyet adalah sekitar tiga minggu.

Beliau bagaimanapun menegaskan, KKM belum mempunyai perancangan untuk melaksanakan program imunisasi cacar monyet secara besar-besaran seperti program vaksinasi COVID-19, sebaliknya hanya imunisasi bersasar untuk kontak rapat serta petugas kesihatan.

Negara jiran, Thailand turut melaporkan kes pertama cacar monyet yang menjangkiti seorang penumpang pesawat dari Eropah ketika transit di lapangan terbang antarabangsa di Bangkok.

Penumpang yang dalam perjalanan dari Eropah itu dilapor singgah kira-kira dua jam sebelum menyambung penerbangan ke Australia, menurut laporan Thai PBS World yang memetik kenyataan Jabatan Kawalan Penyakit Thailand.

Seramai 12 kru dan penumpang penerbangan yang berhubung rapat dengan pengembara yang dijangkiti itu kini dikuarantin di Thailand selama tujuh hari. - Getaran, 31 Mei 2022

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad