web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sanggup Bersesak-Sesak Demi Sekotak KFC! Kekecohan Takkan Timbul Jika…

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2022 9:50PM

Nadzim berkata JAWI dan DBKL sebagai penganjur sepatutnya merancang majlis tersebut secara sistematik memandangkan ia diadakan berskala besar. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tidak wajar insiden kekecohan berebut makanan berlaku dalam program jamuan Aidilfitri anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang berlangsung di Dataran Merdeka, kelmarin.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, JAWI dan DBKL sebagai penganjur sepatutnya merancang majlis tersebut secara sistematik memandangkan ia diadakan berskala besar.

“Majlis di peringkat kebangsaan sebenarnya memerlukan perancangan rapi, tapi mereka tak buat. Kasihan tengok orang ramai berebut-rebut ayam KFC. Teruknya cara kita.

“Kalau di Jepun, situasi seperti itu takkan terjadi. Elok je dekat sana, tak ada masalah. Tapi itulah hakikatnya sistem di negara ini,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menyalahkan sepenuhnya kedua-dua penganjur terhadap kekecohan yang timbul.

Katanya, akhlak buruk segelintir pengunjung yang hadir turut menjejaskan imej JAWI dan umat Islam di negara ini.

“Kadang-kadang kelemahan tu datang dari masyarakat sendiri. Budaya tidak sihat itu sudah ada di mana-mana, kampung, pekan, daerah mahupun bandar.

“Jadi sebenarnya masalah yang timbul itu adalah salah kita sebab tidak mengikut ajaran Islam. Saya tengok akhlak kita hari ini pun huru-hara, jadi kita kena ubahlah,” katanya.

Menurut beliau lagi, kekecohan itu dapat dielakkan sekiranya prosedur operasi standard (SOP) khas diwujudkan kepada pengunjung yang hadir.

“Kita harapkan penganjur arahkan orang ramai yang hadir beratur ambil makanan, tak pun guna kupon. Jadi tak payahlah orang berebut-rebut.

“Bila tak ada sistem atau SOP khas, orang ramai pun main serbu jelah. Saya tengok pun malu. Kenapa sampai macam tu sekali orang kita,” katanya.

Terdahulu, menerusi video yang tular di aplikasi TikTok, pengunjung yang hadir pada program itu dilihat sanggup bersesak-sesak demi mendapatkan hidangan ayam yang diagihkan beberapa petugas majlis.

“Sini bang, sini bang,” jerit pengunjung yang hadir dengan ada di antara mereka tidak memakai pelitup muka.

Turut kedengaran suara seorang lelaki yang mendakwa ada warga emas terjatuh selepas bersesak-sesak dengan orang ramai.

 Situasi itu menyebabkan petugas majlis terpaksa meredakan kekecohan yang timbul.

“Jangan rapat-rapat, jangan tolak-tolak bang,” katanya.

Insiden itu turut mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen dengan majoriti mengecam layanan JAWI dan DBKL terhadap pengunjung yang hadir memeriahkan majlis tersebut.

“Ini bukan open house tapi bagi bantuan mangsa banjir atau orang pelarian,” kata Fullmetal.

“Macam ini diperlakukan. Sedih, pengurusan gagal!” kata Sing For Life.

“Sedih sebenarnya tengok macam ni. Open house tak sepatutnya macam ni. Ibarat tuan rumah kena bagi makanan cukup untuk semua dan keselesaan buat tetamu,” kata Eel.httf.

“Demi sekotak KFC. Yang geram bila ada yang dah dapat tapi tak nak beransur sebab nak ambil lagi,” kata AisyAsyh.

Majlis anjuran JAWI dan DBKL dengan 120 masjid dan surau terpilih di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada Sabtu lalu itu menyediakan pelbagai juadah termasuk ketupat, lemang, nasi briyani dan kambing golek untuk tetamu.

Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, masjid dan surau Jumaat terpilih menyediakan gerai jamuan masing-masing dalam menyantuni tetamu dan menjamu hidangan secara percuma kepada masyarakat dari pelbagai latar belakang, bangsa dan agama.

“Objektif utama Aidilfitri @dataran Merdeka adalah untuk menjalin silaturahim dalam kalangan Keluarga Malaysia khususnya masyarakat sekitar Wilayah Persekutuan.

“Program ini juga diharap dapat membentuk semangat Kerjasama dan persaudaraan dalam kalangan jawatankuasa masjid di Wilayah Persekutuan,” katanya. - Getaran, 30 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan Bahan Mentah Mencukupi Sepanjang Syawal - KPKM

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Macam Ni Nak 'Healing' Pun Susah!

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Insentif RM20,000 Untuk Tandas 5 Bintang Di Masjid, Surau Wilayah Pereekutuan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad