web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dron Langkah Terbaik Pantau Kenderaan Berat Bawa Lebih Muatan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2022 9:02AM

PDRM telah menggunakan teknologi dron dalam beberapa operasinya bagi membendung kegiatan jenayah. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sudah tiba masanya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan teknologi dron dalam memantau pergerakan kenderaan berat yang membawa lebih muatan, tanpa bergantung kepada tenaga manusia semata-mata.

Cadangan tersebut dilontarkan Pakar Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Law Teik Hua ketika ditanya solusi bagi isu kenderaan berat bermuatan lebih.

Menurut beliau, agak mustahil bagi pihak berkuasa, termasuk JPJ untuk memeriksa dan memantau sektor perkilangan supaya mematuhi peraturan ditetapkan berhubung jumlah had muatan dibenarkan.

“Ia bukan bidang kuasa JPJ untuk memeriksa atau memantaunya kerana ia adalah premis perniagaan, namun mereka boleh mengaplikasi teknologi dron dalam operasi harian, selain bergantung kepada rondaan dan sekatan jalan raya.

“Dron yang digunakan perlu berkebolehan untuk menganalisa setiap muatan dibawa sesebuah kenderaan berat, lebih-lebih lagi jumlah barangan itu.

“Ia mungkin adalah langkah penyelesaian terbaik buat masa ini bagi mengekang isu kenderaan berat lebih muatan, sekali gus mengurangkan risiko keselamatan jalan raya terhadap pengguna lain,” katanya kepada Getaran.

Penggunaan dron dapat memantau kenderaan berat yang membawa lebih muatan selain menyelesaikan isu tonto yang menghantui pergerakan pegawai penguatkuasaan selama ini. - Gambar oleh Azim Abd Rahman
Penggunaan dron dapat memantau kenderaan berat yang membawa lebih muatan selain menyelesaikan isu tonto yang menghantui pergerakan pegawai penguatkuasaan selama ini. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Menurut Teik Hua yang juga Ahli Gabungan Keselamatan Jalan Raya, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah pun menggunakan teknologi tersebut dalam beberapa operasi.

Malah, katanya, PDRM menubuhkan Unit Dron bagi memperkasakan lagi sesuatu operasi dilaksanakan.

“JPJ sepatutnya sudah pun menggunakan teknologi pintar sebegini seperti mereka lakukan di lebuh raya, iaitu Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) atau sebelum ini dikenali sebagai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES),” katanya.

Cadangan tersebut dilihat bukan saja mampu memastikan isu berhubung kenderaan berat membawa lebih muatan ditangani dengan semakin berkesan, malah dapat menyelesaikan isu tonto yang menghantui pergerakan pegawai penguatkuasaan sejak sekian lama.

Mengulas lanjut, Teik Hua berkata, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) juga boleh memainkan peranannya dalam isu tersebut, iaitu dengan meningkatkan syarat spesifikasi dan kualiti brek pada kenderaan berat.

“Mereka (PUSPAKOM) tidak boleh menganggap sesebuah kenderaan berat tersebut akan mematuhi segala peraturan lain, seperti berat muatan dan sebagainya.

“Justeru, PUSPAKOM perlu menitikberatkan isu tersebut dengan meningkatkan kualiti dan spesifikasi brek terhadap sesuatu kenderaan berat, supaya keselamatan pengguna jalan raya lain lebih terjamin,” katanya. - Getaran, 30 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad