Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pertanian ‘Low Level’? Janganlah Jumud Sangat! Masih Belum Terlambat Tebus Kesilapan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2022 12:14PM

Keghairahan dalam mengejar pembangunan dan kemajuan bidang lain tanpa disedari menyebabkan kepentingan sektor pertanian dipinggirkan. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keghairahan dalam mengejar pembangunan dan kemajuan bidang lain khususnya teknologi, tanpa disedari menyebabkan kepentingan sektor pertanian yang berupaya menjadi ‘lubuk emas’ kepada pendapatan besar negara, dipinggirkan.

Malah lebih menyedihkan, kesilapan itu mengakibatkan negara yang pernah menjadi pengeluar beras, kini terpaksa mengimport makanan ruji itu bagi menampung keperluan rakyat.

Penganalisis Ekonomi, Profesor Madya Dr Baharom Abdul Hamid berkata, situasi itu tidak akan berlaku hari ini, sekiranya kerajaan seimbang dalam mengejar kekayaan dan pembangunan negara dengan memastikan kelestarian makanan serta pertanian.

Profesor Madya Dr Baharom Abdul Hamid
Profesor Madya Dr Baharom Abdul Hamid

Katanya, langkah tersebut turut menjadi amalan di beberapa negara maju sebagai satu daripada sumber pendapatan utama, namun malangnya tidak menjadi ikutan Malaysia.

“Apabila sesebuah negara kurang maju berkembang menjadi negara membangun kemudian beralih ke status negara maju, memang kita pentingkan apa kita panggil pembangunan dan pelaburan luar.

“Tetapi kalau kita lihat negara maju seperti Jepun dan Jerman, mereka tidak pernah mengabaikan pertanian.

“Mereka akan memastikan sekurang-kurangnya 10 hingga 50 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) datang daripada pertanian.

“Sebab mereka tahu pertanian, khazanah yang menghasilkan sumber makanan amat penting sepanjang masa. Tetapi Malaysia dalam keghairahan kita mengejar pembangunan dan kemajuan, kita meminggirkan pertanian yang kononnya memberi pulangan rendah,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Melihat situasi di Malaysia ketika ini, beliau berkata, tanah dikhaskan bagi penghasilan padi untuk beras dan sumber makanan lain, digantikan dengan penanaman kelapa sawit secara besar-besaran.

“Tanam kelapa sawit kita dapat duit. Padi pula sumber makanan, pulangannya rendah, jadi kita terus pinggirkan. Jadi apa yang kita lalui hari ini adalah kesan daripada keghairahan kita dulu.

“Kalau kita lihat Vietnam dulu tak tanam padi pun, sekarang dah jadi antara pengeksport beras terbesar di dunia. Mereka belajar tanam padi dari Malaysia, tapi sekarang jauh lebih maju dari segi pertanian,” katanya.

Baharom berkata, bagaimanapun Malaysia masih belum terlambat memberi perhatian kepada pertanian, selain merancakkan penanaman padi untuk beras bagi menjamin bekalan utama itu mencukupi jika berlaku krisis makanan.

“Dulu ramai mentertawakan slogan pertanian adalah perniagaan diperkenalkan semasa kerajaan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), tapi sekarang barulah kita menyedari kepentingannya.

“Jika situasi seperti sekarang berlarutan dan andai Vietnam tidak mahu mengeksport beras, kita akan menghadapi krisis makanan teruk. Ramai salah faham, krisis makanan bukan kebuluran, tapi bila harga makanan melambung, ia akan menyebabkan kuasa membeli rendah.

“Misalnya apabila harga tepung naik, kita pun dah kelam kabut walaupun gandum bukan makanan ruji kita. Jadi kita sebenarnya masih belum terlambat mengambil iktibar daripada kesilapan masa lalu itu,” katanya.

Untuk merancakkan sektor pertanian, Baharom yang juga Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Pusat Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) berkata, kerajaan perlu menyediakan platform sesuai dan pelan jangka panjang kepada golongan petani.

“Maksudnya kerajan kena beri bantuan infrastruktur, tak boleh lepas tangan. Pergerakan pun perlu profesional. Bila kita kata profesional, kita nakkan program berbentuk jangka panjang atau dalam erti kata lain, pelan tindakan.

“Contohnya, dalam tempoh lima tahun apa kerajaan nak buat, siapa golongan sasaran, apa bantuan akan disuntik dan teknologi apa akan digunakan.

“Kita ada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk buat penyelidikan saban tahun.

“Dulu kita sibuk nak buat padi Malinja, tapi kenapa kita abaikan? Kita sebenarnya ada kelebihan, pemain sektor pertanian terawal tapi kita tidak gunakan kerana terlalu materialistik,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan perlu mengangkat martabat golongan petani, terutamanya pesawah dengan mengiktiraf ia sebagai satu bidang keusahawanan dan kerjaya tetap.

“Bila kita kata pertanian, kita anggap pertanian low level, kelas ketiga. Kita janganlah jumud sangat, ingat pertanian tradisional. Pertanian hari ini sudah berubah, teknologi dah canggih. Nak meracun pun dah pakai dron, barulah boleh buat pertanian berskala besar.

“Jadi sudah tiba masanya kerajaan perkasakan agenda pertanian.  Kenalah bantu petani, perkenalkan teknologi baharu, beri subsidi dan perbesarkan pertanian mereka yang boleh memberi manfaat besar kepada negara,” katanya.

Ujarnya, kerajaan juga perlu mengkaji semula konsep pertanian yang pernah diperkenalkan bukan sahaja oleh Pak Lah, tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau kembali menjadi Perdana Menteri selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Idea Pak Lah bagus tapi bila Tun M kembali sebagai Perdana Menteri (zaman Pakatan Harapan), beliau pernah kata pertanian di Malaysia kalau nak maju ia perlu dicantum dan diuruskan sebagai sebuah ladang serta estet besar.

“Apabila kawasan pertanian menjadi estet, pendapatan petani bertambah, pelaburan pun meningkat. Tapi konsep itu tak dapat direalisasikan, beliau dah tumbang. Selepas itu bila Barisan Nasional (BN) kembali, pertanian terus dipinggirkan.

“Nak maju ke depan kita kena mengakui kesilapan kita. Jangan malu untuk mengatakan kita tersilap langkah. Jadi sudah tiba masanya kerajaan duduk bersama-sama, kaji semua dasar pernah diperkenalkan sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Pakar Ekonomi Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, kerajaan perlu memperkasakan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) yang diperkenalkan tahun lalu.

Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff
Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff

“DAN 2.0 mengandungi enam objektif, didukung oleh lima teras dan disokong 21 strategi serta 77 pelan tindakan.

“Apa yang penting sekarang ialah memastikan segala pelan tindakan tersebut dilaksanakan kerana banyak pelan tindakan dibuat bagi memastikan keselamatan makanan terjamin,” katanya.

Bagaimanapun katanya, status pelaksanaan DAN 2.0 masih lagi tidak diketahui umum.

“Isunya di sini kita tidak tahu sejauh mana ia sudah dilaksanakan. Daripada 77 pelan tindakan itu, berapa banyak dah buat?

“Semuanya masih menjadi tanda tanya. Jadi perlu didedahkan kepada umumlah agar keyakinan rakyat kepada kerajaan tidak terjejas,” katanya. - Getaran, 28 Mei 2022

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Kedutaan AS Sangkal Kenyataan Gilley, Malaysia Selamat Untuk Dilawati

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 1 hari yang lalu

KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter

Sukan 4 jam yang lalu

Piala Thomas: Zii Jia Ketepikan 'Kegoyahan' Kem Perseorangan Lelaki Negara

Semasa 4 jam yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

oleh Sophia Ahmad