Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tidak Mempunyai Pengerusi, Pesuruhjaya, Adakah SUHAKAM 'Tidak Berfungsi'?

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2022 7:57PM

Gambar dari laman web Suhakam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melahirkan kebimbangan adakah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) tidak lagi berfungsi apabila tempoh perkhidmatan pengerusi dan ahli pesuruhjaya terdahulu suruhanjaya itu yang tamat pada 27 April lalu, masih belum mempunyai pengganti.

Mengakui terkesan dengan perkara itu, NGO terbabit berkata, ketiadaan ‘pemegang kerusi’ itu menyebabkan SUHAKAM tidak mampu melaksanakan peranan pentingnya.

“Ia mengakibatkan SUHAKAM tidak boleh mengeluarkan kenyataan, syor kepada kerajaan atau menjalankan siasatan awam. Hak asasi manusia ‘menderita’.

“Menyedari kepentingan peranan SUHAKAM dari aspek mempromosi dan membela hak asasi manusia, adalah perkara memalukan kerana suruhanjaya itu berdepan keadaan berkenaan disebabkan kegagalan kerajaan memastikan ia tetap mempunyai barisan kepimpinan,” katanya menerusi kenyataan bersama hari ini.

Kenyataan itu ditandatangani ALIRAN; Rakyat Malaysia Menentang Hukuman Mati dan Penyeksaan (MADPET); Greenpeace Malaysia dan International Women’s Rights Action Watch Asia Pacific (IWRAW Asia Pacific); Network of Action for Migrants in Malaysia; Saya Anak Bangsa Malaysia; Teoh Beng Hock Trust for Democracy and Workers Hub For Change.

Pada awal bulan ini, NGO berkenaan memaklumkan, SUHAKAM menjalankan siasatan ke atas dakwaan pencabulan hak asasi manusia terhadap doktor muda di hospital awam di Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, ia mencetuskan persoalan bagaimana SUHAKAM tanpa kepimpinan utama ketika ini boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Mereka menegaskan kakitangan SUHAKAM tidak boleh bertindak sendiri apabila suruhanjaya itu tidak mempunyai barisan kepimpinan utama.

“SUHAKAM adalah sebuah badan berkanun yang diwujudkan atas sebab Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 dan suruhanjaya itu terdiri daripada pesuruhjaya HR dilantik untuk tempoh tiga tahun,” katanya.

“Apabila tiada Pesuruhjaya, seperti yang berlaku sejak sebulan lalu, SUHAKAM tidak lagi berfungsi dan tidak akan dapat melakukan apa-apa, termasuk mengeluarkan kenyataan, melantik dan memberikan arahan kepada kakitangan atau pekerjanya.”

NGO itu menegaskan, proses mengenal pasti dan memilih pesuruhjaya baharu SUHAKAM bermula pada Oktober 2021.

“Kami berharap anggota suruhanjaya dilantik Yang di-Pertuan Agong atas syor Perdana Menteri dapat dilakukan tanpa berlengah lagi.

“Pemilihan bakal pengerusi dan pesuruhjaya SUHAKAM adalah penting kerana ia menentukan fungsi masa depan serta keberkesanan institusi hak asasi manusia negara,” ujarnya.

Semakan terkini di laman web SUHAKAM menunjukkan, nama Tan Sri Othman Hashim yang tamat tempoh sebagai pengerusi bulan lalu, selain nama semua mantan pesuruhjaya, masih tertera di portal itu.

Terdahulu, Free Malaysia Today melaporkan, mantan pesuruhjaya, Mah Weng Kwai berkata, jawatankuasa pemilihan mengadakan mesyuarat pada 25 April dan proses pemilihan dan pelantikan individu untuk memgang jawatan itu akan mengambil sedikit masa.

SUHAKAM ditubuhkan Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 yang diwartakan pada 9 September 1999, manakala mesyuarat pertamanya diadakan pada 24 April 2000.

NGO itu berkata, keberkesanan SUHAKAM tidak begitu ketara sejak penubuhannya, tetapi ia berubah selepas Tan Sri Hasmy Agam dilantik sebagai pengerusi pada 2010-2016, diikuti Tan Sri Razali Ismail (2016-2019).

“Pesuruhjaya yang berani bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih untuk hak asasi manusia di SUHAKAM adalah penting. Semua keputusan SUHAKAM memerlukan konsensus, jika gagal, keputusan majoriti dua pertiga daripada ahli yang hadir dalam mesyuarat akan diperlukan.

“Jika pesuruhjaya yang dilantik tidak memenuhi ciri diperlukan, ia mungkin menyebabkan SUHAKAM kurang lantang, mungkin ‘pro-kerajaan’, mungkin enggan bersuara apabila diperlukan atau menundakan siasatan awam, terutama apabila pelaku yang didakwa mungkin membabitkan pegawai negeri atau negeri.

“Hari SUHAKAM menjadi sebuah organisasi bebas yang menyiasat aduan untuk pencabulan hak asasi manusia mungkin akan berakhir,” katanya.

Dengan pelantikan salah, katanya, mungkin tiada lagi siasatan awam mengenai hak asasi manusia, seperti kehilangan Joshua Hilmy, Ruth Sitepu, paderi Raymond Koh dan Amri Che Mat.

Mereka juga menegaskan mengenai kejadian semasa dan selepas perhimpunan awam pada 28 April 2012 yang menyaksikan pelanggaran hak asasi manusia, termasuk penggunaan kekerasan berlebihan sebelum dan semasa perhimpunan pada 9 Julai 2011.

Ia membabitkan penangkapan dan penahanan lima peguam Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur pada 7 Mei 2009, atas dakwaan penggunaan kekerasan secara berlebihan oleh anggota penguatkuasa semasa kejadian 27 Mei 2008 di Persiaran Bandar Mahkota di Cheras; selain siasatan terhadap kematian dalam tahanan. – Getaran, 27 Mei 2022

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Nenek Meninggal Dunia Ditimpa Pokok Kekabu

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Misi Pelayaran Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Satu Cabaran Besar - Mohamad

Semasa 7 jam yang lalu

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM